.

Hirarki tertinggi kemahiran berfikir dalam Revised Taksonomi Bloom adalah penciptaan sesuatu yang baru Merenung nasib rakyat Palestin Kursus Dokumentasi Bahan Inovasi Majlis Bandaraya Ipoh Bersama wakil Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Negeri Perak dalam Bengkel Dokumentasi Bahan Inovasi 2013 Pembentangan Inovasi 2008 bagi Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran 2008 Menerima Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran 2008 - Johan Bagi Projek e-Daftar Menerima Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Perak 2008 - Johan Bagi Projek e-Daftar Menerima Anugerah Inovasi Sempena Seminar Penyelidikan Anjuran BPG-IPG - Johan Bagi Projek e-Takwim Johan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Negeri Perak 2010 - Projek e-Chopp Pembentangan Projek Inovasi Bagi Anugerah Inovasi ICT 2011 di Telekom Malaysia Menerima Anugerah Inovasi ICT Negeri Perak 2011 - Johan Bagi Projek myKompetens Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Barang siapa yang solat sesudah maghrib enam rakaat dimana tidak berkata-kata ia diantaranya dan kata-kata buruk, menyamailah solat itu baginya dengan ibadah 12 tahun Sesi Latihan Fasilitator Pensyarah Kolej- kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Puasa dan al-quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat. Wahai isteriku, kehidupan ini seperti kita melayari bahtera di lautan Di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung Persepsi terhadap kualiti pendidikan di Lab School Jakarta amat mengujakan Bersama YB DS Dr. Zahid, YB ADUN Rungkup dan Bekas Ketua Polis Perak Bersama Pengarah IPG Kampus Ipoh Menerima Anugerah Inovasi 2009 Peringkat Negeri Perak  Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan Panel Hakim Inovasi Majlis Perbandaran Manjung Panel Hakim Inovasi Majlis Perbandaran Manjung bersama peserta inovasi Panel Hakim Inovasi Majlis Bandaraya Ipoh Panel Hakim Inovasi Majlis Daerah Batu Gajah Cenderamata kepada teman sebagai Panel Hakim KIK SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012 oleh Timbalan Menteri MOSTI Rumusan sebagai Ketua Panel Hakim KIK SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012 Bersama Pengarah BPTV,Panel-panel Hakim KIK dan Inovasi dari UPSI dan SIRIM bagi Pertandingan Inovasi SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012



Khamis, September 10, 2009

KJ: One Malaysia

Teman kagum gak dengan Khairi ni, serba boleh. Berpolitik boleh, berlakon boleh, bolasepak boleh, bak kata orang jawa..versatile. teman nak tunggu Ust Nasaruddin Pemuda PAS pulak berlakon.


Haa.. akhirnya pada  15 Dis 2011, teman jumpa pulak pelakon dari Pemuda PAS...baru draw


Baca selanjutnya ...

Rabu, September 09, 2009

Berbuka bersama "Engineer Insan"

Semalam teman berkesempatan meluangkan masa dari sebelum maghrib sehinggalah selepas tarawikh bersama-sama bakal "engineer insan" muda. Melihat wajah-wajah mereka teman rasa sungguh teruja dengan semangat kerjasama, keceriaan dan pengamalan sifat mulia sepanjang pemerhatian teman tersebut. Tanpa kehadiran pensyarah, segala jentera dan anggota jawatankuasa berjalan dengan licin tanpa ada perasaan semburu dan irihati.


Berbuka dan bertaddarus

Jika inilah wajah "engineer insan" muda, teman cukup yakin pembangunan insan secara menyeluruh meliputi rohani, jasmani, intelek, emosi dan sosial akan tercapai. Dari majlis berbuka, bertaddarus, bertarawikh sehinggalah penyediaan jamuan, nampak berjalan dengan licin dan matang. Rasanya ibubapa kepada anak-anak muda ini harus berbangga kerana berjaya melahirkan zuriat yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik malah dari segi rohani dan sosial.

Sambil teman meninjau-ninjau sekeliling surau, teman terpandang satu iklan yang menarik perhatian. Moga-moga teman terpilih untuk jawatan kosong berkenaan.

Baca selanjutnya ...

Isnin, September 07, 2009

Firewall Meragam

Pada 24 Ogos lepas, teman mencuba satu exprimen untuk menukarkan gateway baru dari tm streamyx ke tm leaseline. Bagaimana pun cubaan tersebut gagal dan mengakibatkan talian internet telah terganggu selama seminggu di tempat kerja teman. Nasib baik teman lakukan pada musim pelajar bercuti. Namun dalam mendebug masalah tersebut banyak perkara teman belajar berkaitan dengan firewall pada alat tippingpoint. Rupa-rupanya tippingpoint ni tidak boleh wujud 2 ip local interface. 2 ip local interface telah menyebabkan SMS tidak dapat berinteraksi dengan tippingpoint. Oleh itu editing pada tippingpoint tidak boleh dilakukan.



Tipping point dan konfigurasi IP

Ada orang kata..Lain kali biar pandai tapi jangan memandai-mandai... Namun jika tidak mencuba kita tidak berjaya. Menurut satu kajian, dalam mempelajari ilmu komputer, "trial-error" adalah kaedah yang paling berkesan belajar ilmu berkaitan komputer berbanding berpusatkan guru.
Baca selanjutnya ...

Majlis Restu

Pada minggu ini pelajar-pelajar tahun 6 akan menghadapi peperiksaan UPSR. Teman telah dijemput untuk menghadiri Majlis Restu Ibubapa dan Guru kepada anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan. Majlis tersebut adalah dikhususkan kepada anak-anak, ibubapa dan guru supaya semua pihak insaf akan keperluan dan keperihatinan kepada anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan. Dalam majlis tersebut ramailah pelajar yang mengalirkan airmata keinsafan. Namun ada juga pelajar yang tersenyum riang semasa perjalanan majlis tersebut.

Ucapan Guru Besar dan Pelajar Bersalaman dengan Guru-Ibubapa

Pada teman, majlis tersebut berjaya dan tidak berjaya. Berjaya kerana ada sebahagian pelajar menunjukkan respon yang positif dan insaf. Tidak berjaya kerana ada di kalangan pelajar tahun 6 belum matang dari segi emosi dan pihak sekolah telah melibatkan semua pelajar yang tidak berkaitan yang menyebabkan suasana tidak serius serta bising. Pada masa akan datang teman cadangkan hanya pelajar tahun 5 dan 6 sahaja yang terlibat dalam acara tersebut supaya licin dan sampai mesej pada saat-saat akhir sebelum menghadapi peperiksaan.
Baca selanjutnya ...

Download AlQuran

عبدالعزيز الأحمد - Abdul Aziz Al-Ahmad
13- Ar-Ra'd 14- Ibrahim 15- Al-Hijr 16- An-Nahl
17- Al-Isra 18- Al-Kahf 19- Maryam 20- Ta­Ha
21- Al-Anbiya' 22- Al-Hajj 23- Al-Mu'minun 24- An-Nur
25- Al-Furqan 26- Ash-Shu'ara' 27- An-Naml 28- Al-Qasas
29- Al-'Ankabut 30- Ar­Room 31- Luqman 32- As­Sajdah
33- Al­Ahzab 34- Saba' 35- Fatir 36- Ya­Sin 37- As-Saffat
38- Sad 39- Az-Zumar 40- Ghafir 41- Fussilat
42- Ash-Shura 43- Az-Zukhruf 44- Ad-Dukhan 45- Al-Jathiya
46- Al-Ahqaf 47- Muhammad 48- Al-Fath 49- Al-Hujurat
50- Qaf 51- Az-Zariyat 52- At-Tur 53- An-Najm
54- Al-Qamar 55- Ar-Rahman 56- Al-Waqi'ah 57- Al-Hadid
58- Al-Mujadilah 59- Al-Hashr 60- Al-Mumtahinah61- As-Saff
62- Al-Jumu'ah 63- Al-Munafiqun 64- At-Taghabun 65- At-Talaq
66- At-Tahrim 67- Al-Mulk 68- Al-Qalam 69- Al-Haqqah
70- Al-Ma'arij 71- Nooh 72- Al-Jinn 73-Al-Muzzammil
74-Al-Muddaththir 75- Al-Qiyamah 76- Al-Insan 77- Al-Mursalat
78- An-Naba' 79- An-Nazi'at 80- 'Abasa 81- At-Takwir
82- Al-Infitar 83- Al-Mutaffifin 84- Al-Inshiqaq 85- Al-Buruj
86- At-Tariq 87- Al-A'la 88- Al-Ghashiyah 89- Al-Fajr 90- Al-Balad
91- Ash-Shams 92- Al-Lail 93- Ad-Duha 94- Ash-Sharh 95- At-Tin
96- Al-'Alaq 97- Al-Qadr 98- Al-Baiyinah 99- Az-Zalzalah
100- Al-'Adiyat 101- Al-Qari'ah 102- At-Takathur 103- Al-'Asr
104- Al-Humazah 105- Al-Fil 106- Quraish 107- Al-Ma'un
108- Al-Kauthar 109- Al-Kafirun 110- An-Nasr 111- Al-Masad
112- Al-Ikhlas 113- Al-Falaq 114- An-Nas
Baca selanjutnya ...

Berbuka bersama anak yatim

Sekembali dari Pulau Pinang, selepas menziarah kematian Abang Lan teman sempat berbuka puasa bersama-sama dengan anak-anak yatim dari Asrama Anak-anak Yatim/Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda Tanah Hitam Chemor. Makanan dan tempat jamuan ditaja oleh En. Adam.



Melihat akan telatah anak-anak yatim menghadapi juadah ketika berbuka teman berfikir.. Adakah wajah ceria mereka ini menggambarkan hati mereka yang ceria?.. Mereka kehilangan ibu atau bapa dan mereka dari keluarga yang kurang berada.. mereka masih kecil dan awal remaja.. Moga-moga anak-anak teman mendapat pengajaran dan keinsafan ketika berbuka bersama-sama dengan mereka.
Baca selanjutnya ...

Al Fatihah Abang Lan

Pada malam Ahad lepas berita mengejutkan diterima, kematian abang Lan dalam usia 51 tahun di Pulau Pinang. Pada ketika panggilan diterima, teman sedang mengimamkan solat terawih bersama ibu bapa mertua serta isteri di kampung. Abang Lan dalam gaya hidup abang yang sentiasa ceria, rupa-rupanya menyimpan penyakit jantung. Kematian tiba-tiba selepas berbuka puasa cukup memeranjatkan teman. Tetapi semua itu adalah ketentuan Tuhan, ajal maut semua dalam urusanNya.
Moga-moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang mendapat rahmat dan keredhaanNya.
Menurut isteri abang Lan, seminggu sebelum meninggal abang Lan ada bermimpi bahawa ayahnya (Allahyarham Long Rahman) ada menjemput beliau ke satu tempat, tetapi abang Lan kata dia akan ikut setelah cucunya Aisyah yang baru pandai bertatih bersekolah menengah. Hmm mungkin itu alamat yang arwah dapat sebelum pemergian beliau buat selama-lamanya..
AlFatihah..
Baca selanjutnya ...

Sabtu, September 05, 2009

Merdeka vs Mau Duit Ka

Pada perhimpunan pagi Jumaat lepas, teman cukup terharu dengan sambutan kemerdekaan di kalangan warga guru. Dengan kibaran jalur gemilang serta beberapa buah lagu patriotik yang dinyanyikan secara medley menambahkan semangat teman untuk memelihara dan membangun terus negara tercinta. Melihatkan warga perhimpunan dari berbilang kaum bersemangat, teman merasakan pemeliharaan kemakmuran, perpaduan serta kemerdekaan dapat direalisasikan.

Di akhir acara, warga perhimpunan bersama-sama melaungkan laungan keramat sebanyak 3 kali...Merdeka! Merdeka! Merdeka!.

Dalam pada itu teringat teman lawak jenaka rakan-rakan nakal teman satu ketika dahulu. Mereka yang melaungkan perkataan keramat beramai-ramai itu, adakah betul sebutan mereka? Ada di kalangan mereka terutama di stadium, di jalanraya, di padang ... ada yang tidak menyebut perkataan "Merdeka" sebetulnya. Mereka hanya melaungkan perkataan "mau duit ka"... para hadirin yang menyahutnya dengan "mau". Jika difikir-fikirkan, kadang-kala ada kebenaran lawak mereka. Zaman kini dilihat para pemimpin yang ingin menjadi pemimpin dan menarik pengaruh perlukan duit. Itu la zaman era selepas 52 tahun merdeka.
Baca selanjutnya ...

Ahad, Ogos 30, 2009

Tahniah dan Terima kasih

Pertama-tamanya teman ambil kesempatan ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn. Hj Kamarul dan En. Nik dari Perunding ICT dan Kejuruteraan Elektrik JKR KL kerana sumbangan anda kepada kepada kejayaan pembangunan jaringan kampus Fasa 2 di 10 IPG seluruh Malaysia. Teman juga ingin sampaikan ucapan tahniah kepada kedua-dua kerana kenaikan pangkat dalam kerjaya masing-masing. Jasa anda tetap kami kenang sepanjang hayat kerana telah berjaya membangunkan infra dan info struktur di 10 IPG berkenaan. Moga-moga pegawai yang akan mengambil alih tugas-tugas tuan-tuan dapat berkhidmat dengan cermerlang.
Baca selanjutnya ...

Khamis, Ogos 27, 2009

Keldai dan Lokman Hakim

Dalam sebuah riwayat diceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang.
Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu.
Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya enak enakan menaiki himar itu, sungguh kurang ajar anak itu."
Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya.
Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksa himar itu."
Oleh karena tidak suka mendengar perkataan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasehati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, *"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia*.
*Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. *
*Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam setiap mengambil tindakan.*"
Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, *"Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir*..
*Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, yaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (kepribadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya." *
Baca selanjutnya ...

AlFatihah Prof Dr.Ismail

Pakar Ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal Khamis. Menurut pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi. Allahyarham Dr Ismail, 61, mencipta sejarah sebagai Senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia. Beliau juga ialah bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS). Bapa kepada enam orang anak itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech. Beliau dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 Sept, 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.
Sebenarnya teman merasakan kehilangan seorang bekas pensyarah tersayang semasa teman belajar di Fakulti Ekonomi UKM. Pernah satu ketika teman membentangkan satu kertas kerja di dalam kuliah bersama beliau. Teman teruja dengan daya ingatan beliau apabila dia mampu mengingat data-data yang teman bentangkan dalam subjek analisis polisi awam (dasar fiskal). Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..amin..
Baca selanjutnya ...

Dahi tak cecah Sejadah

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan! Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan! Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan! Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan! Dengan kain kafan yang serba putih! Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih.... Walaupun orang yang hadir itu merintih.....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai.... Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah, Selawat dan doa.... Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus.... Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud.... Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian.... Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat.... Usunglah dirimu ke tikar Solat.... Sebelum kamu diusung ke liang lahad.... Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid.... Sebelum kamu diiringi ke Pusara! Tangisilah dosa-dosamu di dunia..... Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan! Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. .. Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan! Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan! Kerana ianya berguna untuk yang tinggal.... Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan! Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada..... Kamu tetap memijak bumi Tuhan! Dan dibumbungi dengan langit Tuhan! Serta menikmati rezeki Tuhan! Justeru bila Dia menyeru,.... Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia.... memanggilmu buat kali yang terakhirnya! Ingatlah kamu dahulu hanya.... setitis air mani yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah! Lalu menjadi seketul daging! Lalu daging itu membaluti tulang! Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu.... Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu! Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu.... Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia.... Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'.... Dengan penuh rela dan bersedia! Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'.. Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal.... Menjadi bekal sepanjang jalan! Menjadi teman di perjalanan. .. Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Pada hari itu tiada berguna. Harta, tahta dan putera.... Isteri, kad kredit dan kereta.... Kondominium, saham dan niaga.... Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!
' Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan'
Baca selanjutnya ...

Rabu, Ogos 26, 2009

Kura-kura vs Arnab

Kura-kura dan Arnab Versi Baru

Once upon a time a tortoise and a hare had an argument about who was faster. They decided to settle the argument with a race. They agreed on a route and started off the race.

The hare shot ahead and ran briskly for some time. Then seeing that he was far ahead of the tortoise, he thought he'd sit under a tree for some time and relax before continuing the race.

He sat under the tree and soon fell asleep. The tortoise plodding on overtook him and soon finished the race, emerging as the undisputed champ.

The hare woke up and realised that he'd lost the race. The moral of the story is that slow and steady wins the race.

This is the version of the story that we've all grown up with.

But then recently, someone told me a more interesting version of this story. It continues.

The hare was disappointed at losing the race and he did some Defect Prevention (Root Cause Analysis). He realised that he'd lost the race only because he had been overconfident, careless and lax.

If he had not taken things for granted, there's no way the tortoise could have beaten him. So he challenged the tortoise to another race. The tortoise agreed.

This time, the hare went all out and ran without stopping from start to finish. He won by several miles.

The moral of the story? Fast and consistent will always beat the slow and steady.

If you have two people in your organisation, one slow, methodical and reliable, and the other fast and still reliable at what he does, the fast and reliable chap will consistently climb the organisational ladder faster than the slow, methodical chap.

It's good to be slow and steady; but it's better to be fast and reliable.

But the story doesn't end here. The tortoise did some thinking this time, and realised that there's no way he can beat the hare in a race the way it was currently formatted.

He thought for a while, and then challenged the hare to another race, but on a slightly different route.

The hare agreed. They started off. In keeping with his self-made commitment to be consistently fast, the hare took off and ran at top speed until he came to a broad river.

The finishing line was a couple of kilometers on the other side of the river.

The hare sat there wondering what to do. In the meantime the tortoise trundled along, got into the river, swam to the opposite bank, continued walking and finished the race.

The moral of the story? First identify your core competency and then change the playing field to suit your core competency.

In an organisation, if you are a good speaker, make sure you create opportunities to give presentations that enable the senior management to notice you.

If your strength is analysis, make sure you do some sort of research, make a report and send it upstairs. Working to your strengths will not only get you noticed but will also create opportunities for growth and advancement.

The story still hasn't ended.

The hare and the tortoise, by this time, had become pretty good friends and they did some thinking together. Both realised that the last race could have been run much better.

So they decided to do the last race again, but to run as a team this time.

They started off, and this time the hare carried the tortoise till the riverbank. There, the tortoise took over and swam across with the hare on his back.

On the opposite bank, the hare again carried the tortoise and they reached the finishing line together. They both felt a greater sense of satisfaction than they'd felt earlier.

The moral of the story? It's good to be individually brilliant and to have strong core competencies; but unless you're able to work in a team and harness each other's core competencies, you'll always perform below par because there will always be situations at which you'll do poorly and someone else does well.

Teamwork is mainly about situational leadership, letting the person with the relevant core competency for a situation take leadership.

There are more lessons to be learnt from this story.

Note that neither the hare nor the tortoise gave up after failures. The hare decided to work harder and put in more effort after his failure.

The tortoise changed his strategy because he was already working as hard as he could. In life, when faced with failure, sometimes it is appropriate to work harder and put in more effort.

Sometimes it is appropriate to change strategy and try something different. And sometimes it is appropriate to do both.

The hare and the tortoise also learnt another vital lesson. When we stop competing against a rival and instead start competing against the situation, we perform far better.

To sum up, the story of the hare and tortoise teaches us many things.
Important lessons are:
• that fast and consistent will always beat slow and steady;
• work to your competencies;
• pooling resources and working as a team will always beat individual performers;
• never give up when faced with failure;
• and finally, compete against the situation. Not against a rival.
Baca selanjutnya ...

Akhil Bermadulah

Baru-baru ini kita diberitakan tentang perkahwinan Akhil Hay dan Waheeda setelah kecoh penceraian di mahkamah syariah. Teman ingin mengucapkan selamat pengantin baru. Setiap kali anak adam mengucapkan lafaz akad nikah, menangis para syaitan laknatulLah kekecewaan. Bagi teman itu lah namanya jodoh. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Namun, sedikit meresahkan dan menimbulkan persoalan pada teman ialah kenapa tegar penceraian dilakukan untuk sebuah perkahwinan? Jika seorang bernama Akhil itu adalah artis biasa, teman tak kisah. Tetapi bila Akhil Hay yang sering dipuji dan dipuja satu ketika dulu melakukan perkara tersebut...teman tertanya-tanya. Akhil mungkin mempunyai jawapan yang telah dirasionalkan untuk dirinya sendiri. Bagi teman, alangkah indahnya jika mereka bermadu jika Akhil Hay benar-benar 'anak jantan'. Teman teringat kisah sinetron Indonesia "Munajah Cinta" di TV9, Bertuah Sdra Attar mempunyai tiga orang isteri yang dididik dengan sabar. Tapi ini hanyalah sebuat sinetron...Realitinya, berbagai kisah dan resam hidup makhluk yang bernama manusia. Manusia ada akal tetapi kadang kala kecerdikan emosi (Emotional intelligence ) juga penting untuk manusia membuat keputusan demi kebahagiaan keluarga dan anak-anak. Bagi teman jangan kita bahagia atas kesengsaraan orang lain.
Lagu Tema 'Munajah Cinta' Sinetron Indonesia.


Kala malam bersihkan wajahnya dari bintang-bintang
Dan mulai turun setetes air langit dari tubuhnya
Tanpa sadar nikmatnya alam karena kuasa Mu
Yang tak kan habis sampai di akhir waktu perjalanan ini

Trima kasih ku padamu Tuhanku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
Hanya Dirimu yang tahu besar rasa cintaku pada Mu
Oh Tuhan anugerah Mu tak pernah berhenti
Selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
Dan satu janjiku tak kan berpaling dari Mu
Baca selanjutnya ...

Selasa, Ogos 25, 2009

Bacaan Yasin

Sempena kehadiran Ramadhan AlMubarak dan kehadiran musim peperiksaan, pada 20.8.2009 sekolah anak teman mengadakan majlis bacaan yasin. Majlis tersebut telah mendapat sambutan baik dari para penjaga. Apa yang mengkagumkan teman adalah usaha murni para tenaga pengajar pendidikan Islam dalam menggunakan perisian komputer dan LCD memaparkan ayat-ayat yasin serta bacaan tahlil dan doa. Usaha tersebut baik kerana dapat membantu para pelajar membaca secara serentak dan tertib. Syabas ustaz-ustaz di SKTD
Baca selanjutnya ...

Isnin, Ogos 24, 2009

Rabbani: Dedikasi Ust Asri

AlFatihah... Moga rohnya bersama-sama orang soleh dan mendapat rahmatNya
Pergi Tak KembaliKerlipan Cinta

Salim intifadah

Saksi Sesungguhnya

Bersama Amy Munajat

Baca selanjutnya ...

APC 2009

Pada 20 Ogos lepas sekali lagi teman dianugerahkan APC. Teman nak ambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pimpinan organisasi kerana telah menganugerahkan dan memberi penghormatan kepada teman untuk menerima anugerah tersebut. Di samping itu teman ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua rakan teman yang selama ini bersama-sama menjayakan program dan projek yang telah dilaksanakan. Anugerah ini sebenarnya adalah untuk kalian. Namun mungkin ini adalah rezeki dan masa teman, moga-moga rakan lain akan menikmatinya pada masa akan datang. Perjuangan kita perlu diteruskan. APC bukan buruan kita tetapi kecemerlangan adalah budaya kita. Pada teman, anugerah yang paling agung dan mutlak adalah pengiktirafan dari Allah RabulJalil.
Baca selanjutnya ...

Ahad, Ogos 23, 2009

Benchmarking INTAN

Sempena satu kursus di INTAN Bukit Kiara, teman berkesempatan menginap beberapa malam di institut tersebut. Teman nak ucap tahniah kepada pengurusan penginapan yang cemerlang. Tinjauan teman di tempat penginapan dan dewan makan, pujian harus diberikan kepada pengurusan kerana berjaya menjaga persekitaran dan kebersihan tempat berkenaan.

Tempat Penginapan 'ala-hotel'


Tanaman Orkid di kawasan penginapan


Suasana Di Dewan Makan
Kepada pengurus asrama, kolej kediaman dan apa-apa nama sekalipun, contohi pengurusan penginapan dan tempat makan di mana-mana sahaja tempat yang baik jika kita mahu menghasilkan tenaga sumber manusia yang bersifat insan berprestasi. Jika keperluan asas tenaga manusia dipenuhi, sumbangan mereka akan lebih berkualiti dan inovatif
Baca selanjutnya ...

Ekor oh Ekor


Pada 11 Ogos lepas teman dengan rakan sejawat melaksanakan KPKI di Gerik Perak. Ini adalah kali kedua teman sampai di sini setelah kali pertama sampai pada tahun 1991. Banyak perubahan pembangunan di bandar tersebut. Pada hari pertama KPKI, peserta kursus nampak berkobar-kobar. Pada pengalaman teman, dalam mengikuti kursus pangkalan data ini, akan ada kumpulan yang akan 'gugur'. Membina pangkalan data ni bukan sahaja perlu ada minat, tetapi sikap dan kreativiti penting dalam menghasilkan satu sistem pangkalan data yang baik.

Namun yang menarik bagi teman semasa berada di Gerik adalah gelagat segelintir masyarakat di bandar kecil ni. Semasa teman menginap di sebuah hotel kecil di bandar tersebut teman sempat merakam kumpulan masyarakat Islam yang masih membeli nombor ekor. Mereka membeli melalui pintu belakang kedai. Moga-moga ada masyarakat Gerik yang prihatin dan sanggup membuat teguran kepada mereka tersebut.
Baca selanjutnya ...

Kenduri dan Berendoi

Sempena nak menyambut Ramadhan, emak di kampung buat kenduri. Seronok dapat berkumpul ramai dan berjumpa dengan adik-beradik dan orang-orang kampung yang lama teman tak jumpa. Di samping buat tahlil dan doa selamat, majlis tersebut diserikan lagi dengan bacaan barzanji, selawat dan majlis bercukur serta berendoi.



Tahlil

Bercukur dan Berendoi


Sempena Ramadhan AlMubarak teman nak minta ampun dan maaf...moga kita dapat rahmat dan keampunanNya.
Baca selanjutnya ...

Penandarasan IPG Melewar

Pada 6 Ogos lepas lawatan IPG Kampus Melewar ke Ipoh. Kemenangan IPG Ipoh dalam pertandingan Inovasi Kementerian Pelajaran 2008 menerusi projek eDaftar telah menggamit IPG lain ke Ipoh. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan dan bersedia berkongsi secara konstruktif kepada apa yang telah kami hasilkan.
Baca selanjutnya ...

Lelong!!! Keronsang..Rantai..





Sambil berjalan di tepi Pasar Filipina banyak la barang perniagaan yang dipamerkan. Sabah terkenal dengan jualan mutiara. Banyak barang asesori wanita diperdagangkan. Nasib baik la teman ni lelaki. Kalau perempuan..habis teman borong rantai, gelang dan kerongsang yang murah ni. Mari-mari... rantai RM150, gelang RM 6.00, keronsang RM12.00. Mari..mari.. tiger eye ada, mutiara ada kristal ada..murah.murah.
Baca selanjutnya ...

Bilik Maut

Pada 28 Julai lepas teman dijemput ke Sabah untuk proses pemantapan projek eSPA. Kumpulan KMK kami diberi penghormatan untuk menjadi wakil BPG untuk pertandingan peringkat Kementerian. Sepanjang mesyuarat tersebut, kami mendapat input terbaru untuk pemantapan projek tersebut. Terima kasih kepada Pn Zalina dari JPN Kelantan atas komen yang ikhlas dan perkongsian pengalaman.

Apa yang menarik kali ini ialah, hotel tempat teman menginap tu telah menempatkan satu bilik kaca untuk kumpulan "naga asap" untuk menghilangkan ketagihan. Teman rasa idea ini bagus kerana bilik itu khas untuk kumpulan tersebut dan tidak mencemarkan alam sekitar. Untuk penambahbaikan kepada bilik tu adalah...tambahkan rokok free supaya 'naga' tu boleh keluar api pula.

Baca selanjutnya ...

Kemalangan




Dalam kesibukan kerja satu panggilan telefon dari isteri memberitahu tentang kemalangan anak saudara. Kemalangan motosikal berlaku telah menyebabkan pendarahan otak, patah tengkok dan kaki apabila motsikal yang ditunggangi berlanggar dengan sebuah kereta semasa perjalanan ke sekolah.


Teman selalu bersembang dengan kenkawan, teman selalu menyatakan bahawa

kalau sayang anak, jangan belikan moto...

Semoga Mohsin cepat sembuh dan pulih sediakala dan meneruskan kecemerlangan PMR anda sebelum ini yang telah memperolehi 8A.

Di hospital yang sama, seorang guru muda (anak bekas pensyarah IPG Perlis - En Mustafa Tuah) turut kemalangan semasa menunggangi motor semasa kembali dari bertugas di sekolah. Guru tersebut meninggal setelah menderita selama 4 hari dengan kepala pecah dan kaki patah. Moga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt. Amin..

Baca selanjutnya ...

Anugerah Inovasi 2009

Pada 22 Julai 2009, kami dikunjungi oleh panel penilai untuk Anugerah Inovasi Kategori Perubahan Prosedur. Seramai 4 panel penilai dari JKR dan SUK telah melawat dan membuat penilaian terhadap inovasi yang telah kami jalankan.




Ucapan Aluan dari Pengarah

Barisan Panel Penilai
Harapannya moga kami memperoleh kejuaraan. Apa yang teman belajo dari pengalaman kali ini ialah rakan sejawat penting untuk kejayaan satu-satu program. Namun kadang kala rakan sibuk dengan tugasan dan urusan rasmi masing-masing, maka kita perlu ada pelan kontigensi untuk menghadapi segala kemungkinan.


Baca selanjutnya ...

Sabtu, Ogos 22, 2009

Konvensyen KMK Perak


Telah lama teman tak berkunjung ke Dewan Bankuet di SUK Perak. Sempena mesyuarat konvensyen KMK 16 Julai 2009 lepas teman telah berkesempatan meninjau beberapa tempat menarik di kawasan SUK.

Pandangan hadapan Bangunan SUK

Dewan Bankuet SUK Semasa Konvensyen KMK

Kecanggihan Bilik Mesyuarat (Bilik Gerakan)

Taklimat Konvensyen KMK 2009


Kereta Rasmi Yang akan dilelong Oleh Kerajaan BN


Terima kepada Datuk Z atas komen pembentangan kami. Walaupun komen yang keras dan menghiris, namun kami telah belajar. Pareto, Ishikawa, dan lain-lain istilah memang baru bagi kami. Apa yang teman nampak..KMK ni lebih penting proses dari produk....APA yang penting Kerjasama...dan dokumentasi
Baca selanjutnya ...