.

Hirarki tertinggi kemahiran berfikir dalam Revised Taksonomi Bloom adalah penciptaan sesuatu yang baru Merenung nasib rakyat Palestin Kursus Dokumentasi Bahan Inovasi Majlis Bandaraya Ipoh Bersama wakil Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Negeri Perak dalam Bengkel Dokumentasi Bahan Inovasi 2013 Pembentangan Inovasi 2008 bagi Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran 2008 Menerima Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran 2008 - Johan Bagi Projek e-Daftar Menerima Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Perak 2008 - Johan Bagi Projek e-Daftar Menerima Anugerah Inovasi Sempena Seminar Penyelidikan Anjuran BPG-IPG - Johan Bagi Projek e-Takwim Johan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Negeri Perak 2010 - Projek e-Chopp Pembentangan Projek Inovasi Bagi Anugerah Inovasi ICT 2011 di Telekom Malaysia Menerima Anugerah Inovasi ICT Negeri Perak 2011 - Johan Bagi Projek myKompetens Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Barang siapa yang solat sesudah maghrib enam rakaat dimana tidak berkata-kata ia diantaranya dan kata-kata buruk, menyamailah solat itu baginya dengan ibadah 12 tahun Sesi Latihan Fasilitator Pensyarah Kolej- kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Puasa dan al-quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat. Wahai isteriku, kehidupan ini seperti kita melayari bahtera di lautan Di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung Persepsi terhadap kualiti pendidikan di Lab School Jakarta amat mengujakan Bersama YB DS Dr. Zahid, YB ADUN Rungkup dan Bekas Ketua Polis Perak Bersama Pengarah IPG Kampus Ipoh Menerima Anugerah Inovasi 2009 Peringkat Negeri Perak  Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan Panel Hakim Inovasi Majlis Perbandaran Manjung Panel Hakim Inovasi Majlis Perbandaran Manjung bersama peserta inovasi Panel Hakim Inovasi Majlis Bandaraya Ipoh Panel Hakim Inovasi Majlis Daerah Batu Gajah Cenderamata kepada teman sebagai Panel Hakim KIK SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012 oleh Timbalan Menteri MOSTI Rumusan sebagai Ketua Panel Hakim KIK SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012 Bersama Pengarah BPTV,Panel-panel Hakim KIK dan Inovasi dari UPSI dan SIRIM bagi Pertandingan Inovasi SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012



Khamis, April 23, 2009

e-Daftar di IPG Bangi


Pada 22 April 2009 kami dijemput mengadakan demo sistem e-Daftar, e-Staf dan e-SPA. Kami amat berbesar hati berkongsi maklumat dan sistem untuk diguna pakai oleh mana-mana institusi. Namun yang teman nak pesan kepada mana-mana sistem yang diaplikasi perlu ada beberapa perkara perlu diberi perhatian. Paling utama ialah sokongan pengurusan atasan, komitmen semua ahli serta teamwork di kalangan semua pihak dalam organisasi. Kejayaan akan dicapai bila ada kerjasama.

APA YANG PENTING...KERJASAMA...wonder pet...
Baca selanjutnya ...

Penandarasan e-Daftar


Pada 15 April 2009 IPGM Ipoh menerima lawatan benchmark dari pihak Matrikulasi Perak untuk melihat modul e-Daftar yang telah memenangi beberapa kategori peringkat negeri Perak dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kami sentiasa memberi peluang dan berkongsi maklumat dan produk supaya pengetahuan akan berkembang. Hidup biar memberi manfaat kepada orang lain.
Baca selanjutnya ...

Network Manager




Pada 6 hingga 9 April satu sesi latihan hands-on pengurus rangkaian kampus telah diadakan oleh pihak 3-COM. Banyak perkara baru telah dipelajari menggunakan remote destop, menggunakan Putty, 3CDeamon, TightVNC dan 3WXM. Terima kasih kepada En Tan dari 3Com yang mengendalikan kursus berkenaan dan tidak jemu menjawab dan melayan saya sebagai pelajar tua.
Baca selanjutnya ...

Nyamannya Sabah


12 Mac 2003 teman bermesyuarat di IPGM Kampus Kent Sabah. Suasana kehijauan kampus, kedinginan udara dan keindahan alam semula jadi, merehatkan minda dari kesibukan kota. Sekali sekala buat mesyuarat di kawasan pedalaman ada kebaikannya juga terutama yang memerlukan konsentrasi.
Sayabas kepada Sigmatrix yang berjaya mengurus dengan baik pemasangan peralatan jaringan kampus di 10 buah lokasi (di Semenanjung, Sabah dan Sarawak) dalam tempoh masa yang singkat. Apa kerja akan jadi mudah sekiranya terdapat kerjasama semua pihak IGm, JKR dan kontraktor.
Baca selanjutnya ...

Rehat di Pangkor Village


Dah penat kerja, nak la pulak rehat kat Pulau Pangkor, pulau kelahiran MB baru. Selama dua hari kami sekeluarga berehat di Pasir Bogak sambil menikmati keindahan alam. Terima kasih kepada tokeh chalet Pangkor Village kerana telah memberikan kemudahan menginap di sana dengan sewa yang paling rendah untuk kami berehat. Anak teman berendam sehari suntuk sampai muka dah jadi hitam dek terbakar bahang matahari.

Kepada Achik (tokeh chalet) terima kasih atas layanan mesra sepanjang kami bercuti disana.
Baca selanjutnya ...

Dinding Bilik Air


12 Mac 2009 lepas teman terbang ke Sabah atas urusan rasmi. Teman ni jakun sikit. Teman ditempatkan di sebuah hotel di bandar KK. Alangkah terujanya teman kerana hotel yang ditempatkan tu hanya dinding cermin menutupi bilik mandi. Nasib baik la duduk bilik tu tanpa roommate. Kalau ada roommate...nescaya kami saling intai mengintai la jawabnya.

Baca selanjutnya ...

Bapak Semi Yulianto

Teman nak ucap terima kasih bebanyak kepada En. Semi Yulianto (Indonesian) yang telah sudi menurunkan ilmu pengetahuannya berkaitan dengan server sempena kursus Windows Server 2008. Apa yang menarik yang diperkatakan oleh En. Semi ni adalah kebanyakan server institusi kerajaan amat mudah diceroboh. Satu perkara yang menarik diperkatakan apabila soalan ditanyakan tentang perbezaan kepakaran Malaysia dan Indonesia. Beliau menyatakan, Malaysia mempunyai banyak pakar..tapi bersikap taik hidung masin. Berbanding di Indonesia, di sana mempunyai sifat perkongsian kepakaran yang lebih baik.

Pada masa blog ini ditulis, beliau adalah di kalangan Instructor of Excellence

Ghanshyam J. Bhagtani (India)
CONEPTI Hugo Angel Lira Romero (Latin America)
ECA Semi Yulianto (Asia Pacific)
SSR-i Sean K Hanna (Europe)
EK Chuck Swanson (North America)
Africa Adel Abdel Moniem (Africa)
Baca selanjutnya ...

Mesyuarat Tapak JKR


Kali ini IPGM Ipoh jadi tuan rumah mesyuarat jaringan kampus dengan JKR. Selama dua hari teman terpaksa berkampung di sana bersama ahli mesyuarat dari serata alam malaya. Nampaknya mesyuarat kali ini berkesan kerana boss teman telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan projek jaringan kampus yang menelan belanja berjuta-juta tu. Tahniah JKR kerana dapat pengiktirafan 5 bintang star rating tahun 2009.
Baca selanjutnya ...

Konfigur Switch

Terima kasih kepada Fadil, Khairil, Suhairi (jurutera Sigma) yang telah melayan kami sepanjang pemasangan peralatan kampus seperti switch, poe wireless, core switch distribution switch dan lain-lain lagi . Jasa anda kami kenang sampai akhir hayat. Walaupun anda datang membuat pemasangan dalam masa yang singkat, teman rasa banyak perkara berkaitan teknologi jaringan kampus telah kami belajar. Harap-harapnya kalau switch down atau masalah-masalah lain yang kami tidak boleh atasi, janganlah tak sudi jawap panggilan telefon kami nanti.




Baca selanjutnya ...

Tahniah Naik Pangkat


Setelah lama menanti kehadiran surat keramat, pada tanggal 6 Feb 2009, rombongan dari Putra Jaya telah membawa surat naik pangkat. Teman ucap tahniah lah kepada rakan-rakan yang telah berjaya dinaikkan pangkat. Naik pangkat perlu la selari dengan tugas. Jangan lah pangkat naik, kerja tak meningkat. Bagi yang belum dapat naik pangkat tu, tunggu la. Rezeki dan keberkatan tu kerja Tuhan. Tugas kita berkerja dan berusaha dengan ikhlas. Yang penting, Jangan jadi ulat taik. Nak naik ke atas, kepala ulat taik lain dipijak. Terima kasih datin kerana sudi menyampaikan surat kenaikan pangkat tersebut

Baca selanjutnya ...

Mesyuarat e-SPA

Pada 4 Feb 2009 lepas jawatan kuasa e-SPA telah bermesyuarat untuk melihat keperluan pembangunan sistem pengurusan aset. Kami telah menyahut gesaan PM Pak Lah supaya mengukuh dan memantapkan lagi sistem pengurusan aset organisasi.
CEO projek telah mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri oleh wakil dari unit-unit yang mengendalikan pengurusan pembelian dan stok.
Dalam ramai-ramai ahli tu, budak kuala seorang tu terkuap-kuap. Faham-faham je lah, mungkin tak cukup oksigen dalam darah


.
Baca selanjutnya ...

Mesyuarat Tapak di Sarawak

Pada 29 Jan 2009 lepas, teman telah berpeluang untuk ke IPGM Batu Lintang Sarawak untuk mesyuarat jaringan kampus dengan pihak JKR dan kontraktor peralatan jaringan kampus. Teman kagum dengan hiasan dalaman bilik mesyuarat dan bilik rehat Bilik Latihan Pembangunan Staff IPGM tersebut. Walaupun bangunannya lama, kreativiti juru hias dan kerajinan mereka terserlah pada bilik-bilik berkenaan. Tahniah warga IPGM Batu Lintang






Baca selanjutnya ...

Tahniah Kumpulan Inovasi


Tahniah kepada semua ahli jawatan kuasa e-Daftar yang telah memenangi 3 kejuaraan. Anugerah Khas Teknologi Maklumat Negeri Perak 2008, Anugerah Inovasi Negeri Perak 2008 dan Anugerah Inovasi Kategori Pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia 2008. Semoga masa mendatang jawatan kuasa ini akan melakar sejarah yang lebih cemerlang. Syabas untuk semua..
Baca selanjutnya ...