Sabtu, Mei 16, 2009

KDP Bestari

Semalam tamatlah kursus Latihan Guru Bestari kohort 1 2009. Teman merakamkan ucapan tahniah kepada rakan guru yang telah berjaya menamatkan kursus selama sebulan. Diharapkan ilmu dan pengalaman yang dikongsi sepanjang sebulan dapat dimanfaatkan.

Pada teman, ilmu yang diperoleh sepanjang kursus akan terus terpendam dan dilupai kecuali dikongsi di kalangan rakan dan diaplikasikan di dalam bilik darjah. Aplikasikan konsep belajar akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri.

Kepada peserta kursus ingatlah pesanan teman, anak didik perlukan sentuhan guru untuk meningkatkan keyakinan diri mereka. Lihat potensi dan bakat dalam diri anak didik. Bangun dan bugarkan potensi mereka. Masih ingat lagi lagu yang didendang oleh Kanak-kanak tuna penglihatan bernama Ye Eun berjudul "You were born to be loved". Anak-anak didik kita ada kepelbagaian kecerdasan (Multiple Intelegence). Selidiki dan analisis. Anak-anak didik kita ada pelbagai gaya pembelajaran (visual, audiotori dan kinestetik). Selidiki dan analisis. Barulah kita dapat mengajar dan mencurah ilmu secara hikmah dan berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih