.

Hirarki tertinggi kemahiran berfikir dalam Revised Taksonomi Bloom adalah penciptaan sesuatu yang baru Merenung nasib rakyat Palestin Kursus Dokumentasi Bahan Inovasi Majlis Bandaraya Ipoh Bersama wakil Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Negeri Perak dalam Bengkel Dokumentasi Bahan Inovasi 2013 Pembentangan Inovasi 2008 bagi Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran 2008 Menerima Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran 2008 - Johan Bagi Projek e-Daftar Menerima Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Perak 2008 - Johan Bagi Projek e-Daftar Menerima Anugerah Inovasi Sempena Seminar Penyelidikan Anjuran BPG-IPG - Johan Bagi Projek e-Takwim Johan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Negeri Perak 2010 - Projek e-Chopp Pembentangan Projek Inovasi Bagi Anugerah Inovasi ICT 2011 di Telekom Malaysia Menerima Anugerah Inovasi ICT Negeri Perak 2011 - Johan Bagi Projek myKompetens Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Barang siapa yang solat sesudah maghrib enam rakaat dimana tidak berkata-kata ia diantaranya dan kata-kata buruk, menyamailah solat itu baginya dengan ibadah 12 tahun Sesi Latihan Fasilitator Pensyarah Kolej- kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Puasa dan al-quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat. Wahai isteriku, kehidupan ini seperti kita melayari bahtera di lautan Di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung Persepsi terhadap kualiti pendidikan di Lab School Jakarta amat mengujakan Bersama YB DS Dr. Zahid, YB ADUN Rungkup dan Bekas Ketua Polis Perak Bersama Pengarah IPG Kampus Ipoh Menerima Anugerah Inovasi 2009 Peringkat Negeri Perak  Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan Panel Hakim Inovasi Majlis Perbandaran Manjung Panel Hakim Inovasi Majlis Perbandaran Manjung bersama peserta inovasi Panel Hakim Inovasi Majlis Bandaraya Ipoh Panel Hakim Inovasi Majlis Daerah Batu Gajah Cenderamata kepada teman sebagai Panel Hakim KIK SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012 oleh Timbalan Menteri MOSTI Rumusan sebagai Ketua Panel Hakim KIK SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012 Bersama Pengarah BPTV,Panel-panel Hakim KIK dan Inovasi dari UPSI dan SIRIM bagi Pertandingan Inovasi SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012



Ahad, Jun 28, 2009

Tidak Beretika


Tidak wajar sesuatu dasar pendidikan negara – seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) – diputuskan berasaskan emosi dan persepsi, tanpa kajian dan perancangan rapi, kata menteri besar Johor.

"Adalah salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya," kata Datuk Abdul Ghani Othman.

"Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membentuk dasar pendidikannya secara mendadak, tanpa memikirkan kepentingan murid dan kesediaan guru, melainkan Malaysia."Abdul Ghani, juga pengerusi Permuafakan Badan Ilmiah Nasional (Pembina), mengulas dasar kontroversi tersebut sewaktu merasmikan kolokium mengenai PPSMI anjuran NGO itu di Shah Alam pagi tadi. Ucapan ringkasnya itu dibacakan oleh Pengerusi Eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin. Turut hadir, Prof Diraja Ungku Aziz dan seniman Datuk Jins Samsudin.

Abdul Ghani juga berkata, Pembina berpendirian bahawa sebarang perubahan dasar pendidikan mestilah dibuat berdasarkan perancangan rapi, tidak secara tiba-tiba, serta berlandaskan fakta dan data yang sah.Tambahnya, kajian badan tersebut – yang disokong ahli akademik dari tujuh universiti awam – mendapati PPSMI menyebabkan berlakunya "kepupusan generasi akibat bertambah ramai murid gagal (dalam matapelajaran) Sains dan Matematik" di pelbagai peringkat.

Sementara Ungku Aziz dalam ucapannya selepas itu menyifatkan masalah dalam sistem pendidikan berlaku disebabkan terlalu banyak kompromi pemimpin politik."Banyak pemimpin politik luar dan dalam kabinet tentu hendak mencari kompromi. Orang politik suka berkompromi. Bila banyak komporomi, dia tidak boleh berpikir dengan rasional. "Tambahan lagi, orang politik hendak cepat. Bagi saya, jalan singkat tidak ada," katanya yang kerap bercerita dan berjenaka dalam ucapannya.Ungku Aziz menegaskan, tindakan kerajaan memperkenalkan PPSMI enam tahun lalu sebagai "tindakan gila" kerana Matematik menggunakan "bahasa simbol" – melalui angka, nombor dan penggunaan rumus tertentu."Apa bahasa matematik? Bahasa simbolik, angka, semua simbol. Matematik ini bahasa simbolik. Kalau guna bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, pilih bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, (itu tindakan) gila. "Kalau hendak belajar bahasa Inggeris dengan bahasa matematik, bagaimana boleh belajar?" katanya di hadapan 150 pendidik sekitar Selangor.

Selain menyokong saranan Pembina supaya PPSMI dimansuhkan di semua peringkat, Ungku Aziz mencadangkan masa pengajaran bahasa diajar secara tetap tiga hingga empat jam seminggu, selain menggunakan kaedah pembelajaran terkini."Masa untuk belajar bahasa tidak cukup. Itu kunci kepada semua sekali, perkara pokok sekali. Dalam sistem pembelajaran di sekolah rendah, menengah dan universiti, masa untuk belajar bahasa itu diberi sedikit sahaja. "Pendekatannya pun salah. Banyak orang (pemegang) PhD bawa teori lapuk sepuluh tahun lalu. Dia lupa, apa dia belajar dulu orang lain sudah tukar (hari ini)," katanya.Pembina pertama kali mengedarkan dan membentangkan kajian PPSMI mereka kepada umum hari ini. Dokumen itu pernah diedarkan kepada peserta Kongres Melayu ke-2 penghujung Mac lalu di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.Selain laporan itu setebal 200 halaman, dua lagi kajian berhubung pelaksanaan dasar kontroversi itu yang dihasilkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) turut dibentangkan.
Baca selanjutnya ...

Selasa, Jun 23, 2009

Pelajar bukan bahan ujian

Pemuda Umno tidak mahu para pelajar dijadikan bahan ujian dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang menurutnya, jelas mempunyai pelbagai kelemahan yang ketara.

khairy jamaluddin interview 230209 12Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau berkata, Muhyiddin juga mengakui bahawa setakat ini, pencapaian dasar tersebut - yang dimulakan sejak 2003 - adalah nominal,
yakni tidak memberi impak yang besar dalam penguasaan bahasa Inggeris mahupun pencapaian Sains dan Matematik.

Katanya, pandangan menteri pelajaran itu selari dengan beberapa kajian sebelum ini, termasuklah kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) dengan kerjasama lapan institusi pengajian tinggi tempatan Februari lalu mengenai tahap kompetensi guru dalam PPSMI serta implikasinya terhadap pembangunan modal insan.

Kajian itu, katanya, berasaskan sampel dari 553 orang guru dan 15,089 pelajar dari kawasan bandar dan luar bandar, termasuk Sekolah Kebangsaan Orang Asli.

PPSMI rugikan murid


"Dari aspek keupayaan perlaksanaan dasar, kajian itu mendapati ramai lagi guru yang belum layak mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di mana 39.3 peratus guru (74) sekolah rendah dan 25.3 peratus guru (93) sekolah menengah gagal dalam Penilaian Tahap Profisiensi Bahasa Inggeris.

Menurut Khairy lagi, dari segi status pelaksanaan PPSMI dan sumbangannya terhadap peningkatan penguasaan dan pencapaian Bahasa Inggeris murid-murid pula, PEMBINA mendapati:

bullet button Sekolah rendah: Sumbangan dan korelasinya adalah rendah bagi mata pelajaran Sains, iaitu ia hanya berjaya menyumbang meningkatkan bahasa Inggeris sebanyak 0.7 peratus sahaja. Sementara bagi Matematik, tiada sumbangan terhadap peningkatan bahasa Inggeris.

bullet button Sekolah Menengah Aliran Sastera: Bagi mata pelajaran Sains dan Matematik sumbangan dan korelasinya rendah. Di mana bagi Matematik hanya berjaya menyumbang peningkatan bahasa Inggeris sebanyak 1.0 peratus dan 0.6 peratus bagi Sains.

bullet button Sekolah Menengah Aliran Sains: Hanya dua mata pelajaran sahaja yang menunjukkan ada korelasi dan sumbangan rendah, iaitu Kimia 2 dan Matematik Tambahan. Di mana, jumlah kedua-dua mata pelajaran ini hanya menyumbangkan sebanyak 0.9 peratus, iaitu 0.6 peratus bagi Kimia 2 dan 0.3 peratus bagi Matematik Tambahan.

Menurut Khairy, kajian PEMBINA juga mendapati pelaksanaan PPSMI menyebabkan kerugian berganda kepada murid-murid, terutama kepada kira-kira 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori sederhana dan lemah di dalam ketiga-tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Kelayakan masuk Universiti


"Ini dibuktikan dengan analisa sampel terhadap keputusan peperiksaan yang diambil ke atas 5,590 murid tahun 5, kohort 2 (2004) dari 56 SK seluruh negara, menunjukkan pencapaian mereka semakin merosot, malah ada yang dengan drastik merudum apabila mereka naik ke tahun yang lebih tinggi, iaitu di Tahun 2 (2005), Tahun 3 (2006), Tahun 4 (2007), Tahun 5 (2008) dan dijangkakan berterusan di Tahun 6 (2009)," katanya.

Menurutnya, Pemuda Umno juga juga bersetuju dengan penjelasan Muhyiddin bahawa pendekatan terbaik bagi penguasaan bahasa adalah dengan menambahbaik pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut.

"Oleh itu, Pemuda Umno menyokong penuh syarat wajib lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM, dengan syarat adanya tenaga pengajar terlatih dan berkelayakan bagi bahasa tersebut yang cukup bagi memenuhi keperluan pelajar.

"Kesungguhan ini juga diterjemahkan dengan saranan Pemuda Umno agar kerajaan menetapkan tahap pencapaian minimum dalam ujian MUET (Malaysian University English Test) bagi kelayakan masuk ke universiti tempatan bagi meningkatkan usaha pelajar meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris mereka," katanya.

Bagi Pemuda Umno, tegas Khairy, pendekatan dan preskripsi polisi yang sesuai dengan masalah dan cabaran amatlah penting, terutama apabila ia menyentuh aspek pendidikan, yang memberi kesan dan impak besar kepada para pelajar.

Sesungguhnya, keputusan dan pertimbangan analisis untung-rugi halatuju PPSMI haruslah ditangani dengan objektif dan menyeluruh kerana ia bukannya untuk mengukir nostalgia lampau tetapi untuk membentuk halatuju dan masa depan modal insan negara.

Kali ini temans bersetuju dengan pendapat KJ

Baca selanjutnya ...

Rabu, Jun 10, 2009

Gagasan

Kepemimpinan boleh didefinisikan sebagai suatu proses yang kompleks di mana dengannya seseorang itu (pemimpin) mempengaruhi orang-orang lain (pengikut) melaksanakan dan menyempurnakan misi, tugasan, atau objektif-objektif dan dengan itu membawa organisasi menjadi lebih jelekit dan bersepadu. Kepemimpinan menjadikan orang lain mahu mencapai gagasan dan objektif-objektif yang tinggi.

DS TG Hadi Awang cuba membawa ‘gagasan’ (itu pun kalu nak diiktiraf sebagai gagasan) Kerajaan Perpaduan. Belum sempat difahami dan cernai oleh khalayak, terdapat suara-suara bangkangan dari dalam PAS. TG Nik Aziz membangkang manakala Dato Mustafa Ali arahkan berhenti berseloka atas tajuk kerajaan perpaduan. Jadi apakah taraf gagasan kepimpinan PAS ini?

Persoalan wala’ yang dipelopori oleh Ikwan Muslimin Mesir sering dibangkitkan oleh ahli PAS. Seolah-olah ini sebagai tiket untuk menidakkan kepelbagaian pendapat dalam mempertikaikan isu kerajaan perpaduan. Adakah kerana gagasan blur keluar dari mulut pimpinan tertinggi menyebabkan persoalan wala’ digunakan untuk mengunci pendapat yang berbagai.

Donald Clark (1997) menyatakan; "The basis of good leadership is honourable character and selfless service to your organization. In your employee's eyes, your leadership is everything you do that effects the organization's objectives and their well being. A respected leader concentrates on what she is (be) (beliefs and character), what she knows (job, tasks, human nature), and what she does (implement, motivates, provide direction). Apa yang menyebabkan seseorang itu mahu mengikut seseorang pemimpin? Orang mahu dipimpin oleh orang yang mereka hormati dan seseorang pemimpin yang mempunyai 'clear sense of direction'. Jadi adakah para pimpinan PAS telah jelas arahtuju.

Baca selanjutnya ...

Gagasan dan Wala'

Kepemimpinan boleh didefinisikan sebagai suatu proses yang kompleks di mana dengannya seseorang itu (pemimpin) mempengaruhi orang-orang lain (pengikut) melaksanakan dan menyempurnakan misi, tugasan, atau objektif-objektif dan dengan itu membawa organisasi menjadi lebih jelekit dan bersepadu. Kepemimpinan menjadikan orang lain mahu mencapai gagasan dan objektif-objektif yang tinggi.

DS TG Hadi Awang cuba membawa ‘gagasan’ (itu pun kalu nak diiktiraf sebagai gagasan) Kerajaan Perpaduan. Belum sempat difahami dan cernai oleh khalayak, terdapat suara-suara bangkangan dari dalam PAS. TG Nik Aziz membangkang manakala Dato Mustafa Ali arahkan berhenti berseloka atas tajuk kerajaan perpaduan. Jadi apakah taraf gagasan kepimpinan PAS ini?

Persoalan wala’ yang dipelopori oleh Ikwan Muslimin Mesir sering dibangkitkan oleh ahli PAS. Seolah-olah ini sebagai tiket untuk menidakkan kepelbagaian pendapat dalam mempertikaikan isu kerajaan perpaduan. Adakah kerana gagasan blur keluar dari mulut pimpinan tertinggi menyebabkan persoalan wala’ digunakan untuk mengunci pendapat yang berbagai.

Donald Clark (1997) menyatakan; "The basis of good leadership is honourable character and selfless service to your organization. In your employee's eyes, your leadership is everything you do that effects the organization's objectives and their well being. A respected leader concentrates on what she is (be) (beliefs and character), what she knows (job, tasks, human nature), and what she does (implement, motivates, provide direction). Apa yang menyebabkan seseorang itu mahu mengikut seseorang pemimpin? Orang mahu dipimpin oleh orang yang mereka hormati dan seseorang pemimpin yang mempunyai 'clear sense of direction'. Jadi adakah pimpinan PAS ini telah jelas gagasan yang hendak dibawa?.

Pada hari ini 11 Jun 2009 dalam satu sidang akhbar kali pertama selepas muktamar, bapak Presiden secara terbuka menyatakan, kerajaan perpaduan belum lagi menjadi satu cadangan Pakatan Rakyat dan juga belum lagi dibincangkan semasak-masaknya dalam PAS.

Adui...haru dengan penjelasan bapak presiden ni... Mohonlah agar pimpinan PAS jangan terkena penyakit menteri Umno..ikut sedap mulut bila bercakap berkaitan dasar dan gagasan.

Baca selanjutnya ...

Selasa, Jun 09, 2009

BI Wajib Lulus SPM

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Orang ramai yang ingin mengemukakan cadangan dan pandangan berhubung isu Bahasa Inggeris syarat wajib untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh berbuat demikian melalui saluran telefon dan e-mel yang disediakan Kementerian Pelajaran.Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, ia boleh disalurkan ke talian khidmat pelanggan kementerian itu di 03-77237070 atau e-mel di kpkpm@moe.gov.my.Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mempelawa orang ramai mengemukakan pandangan mengenai isu mewajibkan calon lulus bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM.Sebelum ini, beliau dimaklumkan bahawa ramai pelajar di luar bandar akan gagal SPM jika bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus.-- BERNAMA
Adui.. ini la bahana dasar yang tidak mementingkan penyelidikan. Sepatutnya KPM telah membuat segala analisis statistik inferen tentang kelulusan BI. Data kelulusan peperiksaan ada di tangan KPM. Buat analisis perbandingan berdasarkan lokasi (bandar, luar bandar, pinggir bandar), bangsa (Melayu, Cina, India, Lain-lain bangsa), jantina dan sebagainya sebelum membuat kenyataan atau pun dasar awam. Para ilmuan di KPM ramai. Apa guna belajo sampai PhD. Sedangkan orang yang membuat dasar tak memandang kepada para ilmuan dan data-data lepas yang boleh digunakan untuk analisis dan menjadi rujukan sebelum membuat dasar. Bentangkan kepada pak menteri situasi semasa. Bagaimana kedudukan kelulusan ikut lokasi, bangsa dan sebagainya. Buka mata pak menteri supaya rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan bukan populariti serta kontroversi didewakan.

Sampai masa orang yang berada di KPM ni meneliti data sebelum membuat dasar. Yang ada PhD di KPM perlu agresif supaya pak menteri yang tak ada PhD tu sedar apa yang dikata. Jangan pisang PPSMI berbuah 2 kali di mana dasar telah dilaksana, baru buat kajian. Kajian yang dilaksanakan pula hanya untuk menyokong dasar tersebut.

Cukuplah.. anak didik kita jangan dipolitik dan digadaikan. Mereka bukan bahan experimen yang boleh diuji. Mereka perlu sistem yang mantap demi masa depan. Soalan teman: Korang pentingkan penguasaan isi kandungan pelajaran (sains, math, dll) atau kemahiran bahasa inggeris sahaja?

Jika inilah gaya kepimpinan negara iaitu 'metodologi sedap mulut' dalam melihat isu pendidikan, sosial, ekonomi dan politik, negara akan hancur. 'Metodologi sedap mulut' tanpa merujuk kepada dapatan kajian dan penyelidikan, negara akan menjadi negara yang cemerlang, terbilang hanya temberang.
Baca selanjutnya ...

PKPSM Kluang

Pertama-tamanya teman nak puji ahli rombongan PKPSM dari Kluang Johor yang melawat ke tempat kerja teman. Keletihan menunggu ketibaan mereka seawal pukul 6.30 pagi 8 Jun tidak terasa dek kerana ahli rombongan yang 'humble' dan mesra. Jika ini lah perwatakan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PKPSM tersebut, teman berasa amat bangga dan terharu. Jika pengetua-pengetua yang juga ahli-ahli PKPSM berwatak demikian, tentu para warga sekolah terutama guru-guru mereka lebih mempunyai watak yang baik.

Pada pagi itu, teman telah diberikan kepercayaan untuk memberikan sedikit taklimat tentang institusi tempat kerja temans. Nampaknya para pelawat begitu teruja kepada bahan yang teman sampaikan. Temans akan cuba menguploadkan bahan/sistem yang boleh digunakan oleh mereka ditempat kerja mereka masing-masing. Tunggu temans free ye..
Baca selanjutnya ...

Isnin, Jun 08, 2009

PAS Tiada Gagasan

Temans bukan sesiapa dalam politik arus perdana, teman sekadar pemerhati tepian setia politik arus perdana. Teman bukan rakan rapat dengan sesiapa dalam politik arus perdana, namun teman pernah menjadi peminat kepada beberapa tokoh politik arus perdana.

Pada saat temans di bangku sekolah dan universiti, teman amat kagum dengan pidato DSTG Hadi Awang. Gagasan politik dalam minhaj tarbiyyah umum memang amat hebat. Ketika di universiti jika ada jemputan pidato atau forum umum yang melibatkan tokoh tersebut , universiti akan penuh dengan pengkagum tokoh itu. Kini suara lantang pidato DSTG Hadi Awang telah serak dan tidak lagi selantang dan segagah zaman 80an.

Selain peminat DSTG Hadi Awang, teman juga kagum dengan pidato berkecindan dan sinis oleh Allahyarham Us. Fadhil Noor. Kaset-kasetnya menjadi bahan rujukan dan hiburan kadang-kala. Kaedah kias ibarat menunjukkan kepakaran ilmu mantik pemidato. Ini menjadikan allahyarham begitu hebat di kalangan kawan dan lawan. Namun tokoh tersebut telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya ketika ahli PAS masih memerlukan khidmat allahyarham.

Di samping tokoh tersebut, TG Nik Aziz turut popular. Ketokohan beliau dihormati sehingga kini. Nama Abang Mat atau Mat Sabu memang teman minati sejak dulu. Minat teman tersebut adalah kerana kepakaran dan kemahiran dalam pengucapan umum. Pidato yang bersahaja dan penuh kias dan kelakar menjadikan beliau seorang dikenali di mana sahaja di alam Malaya. Bila ada sahaja demonstrasi massa, nama Bang Mat selalu ada dalam senarai tangkapan polis. Orang PAS sudah lali dengan tangkapan Bang Mat. Malah menganggap bahawa Bang Mat ditangkap adalah satu kebiasaan sebagai pejuang kebenaran.

Tokoh-tokoh pimpinan lain yang popular adalah beberapa panelis forum/debat yang sering dijemput ke universiti membawa gagasan PAS mendepani tokoh-tokoh UMNO. Yang lain bagi teman adalah pejuangan yang kurang terserlah di kalangan khalayak Malaya pada era 80an. Jika terserlah pun adalah setelah era selepas 90an dan orang baru dalam pejuangan PAS. Ada yang lahir secara keturunan, ada yang lahir secara kebetulan, ada yang lahir kerana desakan, dan ada yang lahir kerana terpaksa. Namun bagi teman dalam apa cara kelahiran tokoh pimpinan baru, mereka perlu lahir dan membawa misi dan visi perjuangan. Pimpiana PAS perlu ada gagasan semasa yang besar dan hebat dan dapat digarap supaya sesuai dengan perjuangan parti. Biah perjuang sentiasa berubah dan dinamik mengikut zaman. Pemimpin PAS baik di kalangan ulamak atau bukan ulamak perlu peka perubahan biah tersebut.

Pada 7 Jun 2009 lepas, ahli PAS telah membuat keputusan barisan pimpinan baru. Kepimpinan yang dilantik oleh ahli-ahli PAS ada alasan dan sebab-musabab masing-masing. Namun bagi teman, seolah-olah PAS sudah ketandusan kepimpinan dinamik dan muda. DSTG Hadi Awang mengajak ahli PAS mengorak langkah untuk terus mara dengan memimpin rakyat dan negara ke arah perubahan yang hakiki menerusi tema Muktamar kali ini iaitu - "Islam Memimpin Perubahan". Hakikatnya, teman masih musykil dengan barisan yang dipilih yang menggambarkan corak pemilihan dan pemikiran ahli PAS sebagai pemilih.

Untuk menjadi pemimpin, perlu punya sifat dan berpemikiran strategik serta analitik. Tarbiyah yang dilalui bukan di mimbar masjid, dewan kuliah dan di atas permaidani sahaja, tetapi pemimpin tersebut perlu telah ditarbiyyah bersama-sama ahli biasa yang mengharungi peluru, asap pemedih, dadah, mat rempit dan berbagai gejala politik, sosial dan ekonomi. Segala domain pengetahuan dan pengalaman tersebut perlu dikuasai supaya pemimpin yang berpemikiran strategik dan analiktik dapat dilahirkan.

Sama ada ulamak dan bukan ulamak, pimpinan itu adalah manusia biasa. Ilmu agama semata-mata tidak semestinya menajamkan pemikiran yang analitik dan strategik dan begitulah sebaliknya. Kebanyakan ahli PAS dan usul Dewan Ulamak Pas mahukan dua post tertinggi adalah ulamak. Pandangan tersebut adalah baik. Namun menidakkan pemikiran strategik yang bukan ulamak di kalangan ahli PAS, adalah merupakan pemikiran kurang bijak oleh ahli dewan ulamak.
Kita perlukan pimpinan yang mempunyai gagasan besar dan semasa serta terkini. Melihatkan kepada pimpinan tertinggi yang ada, teman kurang yakin ini dapat dipenuhi. Tiket ulamak semata-mata bukan bermakna PAS akan terus relevan. Gabungan ulamak dan profesional perlu diambil kira. Presiden ulamak dan timbalan presiden profesional. Kan satu gabungan yang mantop. Tidak semestinya presiden mati timbalan presiden yang bukan ulamak mengambil alih pimpinan. Itupun kalau masih mahukan presiden adalah ulamak.

Di samping itu PAS kurang belajar dari dari kehendak semasa. PAS perlu menyedari bahawa kehadiran penyokong setengahnya bukan kerana PAS tetapi kebencian terhadap UMNO. Mereka terdiri dari generasi Y yang 'technology savvy'. Kepekaan terhadap keperluan dan kehendak mereka menyebabkan PAS akan terus relevan. Tetapi jika keperluan dan kehendak mereka tidak dipenuhi, tidak mustahil PAS akan ditinggalkan. PAS sepatutnya telah berfikir supaya saf kepimpinan yang muda perlu dibariskan. Kepimpinan yang ikhlas, matang, agresif dan bertenaga perlu diberi keutamaan. Pak Lah telah membuat pengorbanan perletakan jawatan untuk kepimpinan lebih muda memegang tampok pemerintahan. Tetapi PAS masih dalam ruang lingkup lama. Bariskan pimpanan baru Ust. Idris Ahmad, Ir. Nizar, Dr. Mujahid, Salihudin Ayob, Husam Musa dan beberapa pimpinan muda lain perlu diberi peluang. Jika perlu, presiden juga harus memberi laluan kepada pimpinan muda yang lebih bertenaga dan berwawasan.
"Kerajaan perpaduan" adalah konsep yang didokong oleh saf pimpinan baru. Teman kata konsep bukannya gagasan adalah kerana kempen tersebut hanya membawa keretakan dan kekeliruan kepada pakatan PR. Jika konsep itu mahu jual kepada semua parti politik, PR perlu dibawa berbincang dan diberi penjelasan terlebih dahulu. PAS seolah-olah mahu menjadi hero dan merasakan kemenangan yang diraut adalah kerana kekuatan PAS sendiri. Jangan jadi parti yang merayap seperti biawak di waktu malam. Dan ingat pesanan nabi jangan masuk lubang biawak 2 kali.
Baca selanjutnya ...

Jumaat, Jun 05, 2009

Beauty of Mathematics !!!!!!!

Absolutely amazing!

Beauty of Mathematics !!!!!!!

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Now, take a look at this...

101%

From a strictly mathematical viewpoint:

What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to
GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?

What equals 100% in life?

Here's a little mathematical formula that might help
answer these questions:

If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

If:

H-A-R-D-W-O- R- K

8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%

And:

K-N-O-W-L-E- D-G-E

11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%

But:

A-T-T-I-T-U- D-E

1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of God will take you:

L-O-V-E-O-F- G-O-D

12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there, It's the Love of God that will put you over the top!
Baca selanjutnya ...

Rabu, Jun 03, 2009

PAS vs UMNO

Telah banyak kali pameran kami sertai. Tetapi pada hari ini teman nak memberi fokus kepada satu perbandingan dua personaliti dari 2 parti yang berbeza. Teman tertarik untuk buat perbandingan kerana boleh dijadikan teladan di kalangan ahli politik yang perlu mempunyai kemahiran kecerdikan emosi. Perbandingan yang teman buat ialah berkaitan dengan pameran yang teman terlibat secara langsung. Teman telah membuat 2 pameran bagi 1 bahan yang sama pada dua ahli politik yang berbeza. Perbandingan ini hanyalah berasaskan persepsi peribadi teman.



Pada satu ketika teman telah mengadakan satu pameran di mana tetamu kehormatnya adalah MB Perak Nizar (sebelum hilang jawatan). Lawatan dia ke booth teman walaupun bahan yang dipamerkan tak seberapa tetapi interaksi dia dengan para peserta pameran agak mesra dan ada sentuhan emosi. Lawatan beliau pula langsung selama 4 minit. Malah MB mohon sampaikan salam pada semua rakan-rakan di tempat kerja teman.

Pada ketika lain pula teman telah mengadakan pameran bahan yang sama tetapi tempat berbeza, di mana tetamu kehormatnya adalah orang besar UMNO bertaraf timbalan perdana menteri. Lawatan menteri tersebut ke booth pameran hanya selama 30 saat. Tiada kemesraan dan tanda minat serta pertanyaan yang diajukan kepada peserta.

Dari dua cerita benar ini, teman mengingatkan diri teman. Jika dah jadi orang besar jangan jadi macam menteri UMNO tu, ingatlah susah payah orang bawah yang menyediakan beraneka bahan sambutan untuk kedatangan kita. Peribadi tingkahlaku dan tuturkata menjadi nilaian. Sikap, prihatin, minat, komitmen dan keikhlasan akan ditafsirkan dalam kunjungan dan interaksi pendek pada pameran tersebut. Gunakan la peluang sebaiknya berinteraksi. Pameran diadakan adalah untuk kedatangan kita. Diri kita dinilai. Orang tidak hanya mendengar tutur kata tetapi juga akan melihat tingkahlaku.

Menteri Umno tersebut mungkin sibuk hinggakan hanya seminit singgah melihat pameran. Namun, ingatlah sesibuk mana kita dengan urusan rasmi dan politik, orang bawahan lah yang menaikkan kita dipersada dunia. Hargai mereka, penat lelah mereka menyediakan sambutan perlu dipuji supaya penyedia pameran mendapat rangsangan positif aspek emosi. Mereka tidak minta duit ringgit tetapi mereka menilai hati budi.
Baca selanjutnya ...

Kelas Contoh

Baru-baru ni teman berpeluang melawat pameran di sebuah IPGM di ibukota. Berbagai bahan telah dipamerkan dari hasil kreativiti para pensyarah hinggalah hasil kreativiti pelajar. Banyak perkara teman dapat pelajari dari yang positif sehinggalah yang negatif. Bior le teman ceritakan yang positif dulu. Teman rasa banyak bahan/perisian dan infrastruktur yang baik yang teman perolehi yang perlu ada di kalangan pendidik di sekolah mahupun di IPGM. Semua hasil adalah hasil buah tangan yang asli dari warga IPGM.

Sebuah kelas yang lengkap dengan folio ABM dan bahan informatif



Sudut Boneka


Sudut Pelajar Pendidikan Khas Bahan Bacaan Penekanan Deria Yang Maksimum


Sudut Pelajar Pemulihan dengan Bacaan Bergred

Di samping itu terdapat bahan-bahan penerbitan yang telah dipamerkan. Jurnal, penerbitan dalam seperti KPKI dan LPS turut dipamerkan.


Tahniah kepada para peserta pameran kerana berjaya mengumpul bahan-bahan yang penting untuk dijadikan bahan pameran. Kepada rakan-rakan, teman rasa banayak bahan para pelajar telah dihasilkan, KPKI serta LPS banyak dianjurkan dan seminar serta kajian telah dihasilkan. Jika dihimpunkan, teman rasa IPGM ni lebih pro dari fakulti pendidikan di IPTA tempatan.

Yang teman nak tegur sikit pada pameran itu pula ialah boss utama IPGM tersebut. Nak tengok senyum, ntah la. Nak tanya khabar kepada para peserta pameran jauh sekali. Dah la kita datang jauh, apa la salahnya senyum atau tanya khabar. TV selalu iklankan Budi Bahasa Budaya Kita..tapi kalau peraju sebuah institusi tak tunjuk teladan...apa nak jadi dengan anak didik kita nanti. Apakah ini pembawa/tabiat seorang boss wanita??
Baca selanjutnya ...