.

Hirarki tertinggi kemahiran berfikir dalam Revised Taksonomi Bloom adalah penciptaan sesuatu yang baru Merenung nasib rakyat Palestin Kursus Dokumentasi Bahan Inovasi Majlis Bandaraya Ipoh Bersama wakil Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Negeri Perak dalam Bengkel Dokumentasi Bahan Inovasi 2013 Pembentangan Inovasi 2008 bagi Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran 2008 Menerima Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran 2008 - Johan Bagi Projek e-Daftar Menerima Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Perak 2008 - Johan Bagi Projek e-Daftar Menerima Anugerah Inovasi Sempena Seminar Penyelidikan Anjuran BPG-IPG - Johan Bagi Projek e-Takwim Johan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Negeri Perak 2010 - Projek e-Chopp Pembentangan Projek Inovasi Bagi Anugerah Inovasi ICT 2011 di Telekom Malaysia Menerima Anugerah Inovasi ICT Negeri Perak 2011 - Johan Bagi Projek myKompetens Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Barang siapa yang solat sesudah maghrib enam rakaat dimana tidak berkata-kata ia diantaranya dan kata-kata buruk, menyamailah solat itu baginya dengan ibadah 12 tahun Sesi Latihan Fasilitator Pensyarah Kolej- kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Puasa dan al-quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat. Wahai isteriku, kehidupan ini seperti kita melayari bahtera di lautan Di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung Persepsi terhadap kualiti pendidikan di Lab School Jakarta amat mengujakan Bersama YB DS Dr. Zahid, YB ADUN Rungkup dan Bekas Ketua Polis Perak Bersama Pengarah IPG Kampus Ipoh Menerima Anugerah Inovasi 2009 Peringkat Negeri Perak  Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan Panel Hakim Inovasi Majlis Perbandaran Manjung Panel Hakim Inovasi Majlis Perbandaran Manjung bersama peserta inovasi Panel Hakim Inovasi Majlis Bandaraya Ipoh Panel Hakim Inovasi Majlis Daerah Batu Gajah Cenderamata kepada teman sebagai Panel Hakim KIK SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012 oleh Timbalan Menteri MOSTI Rumusan sebagai Ketua Panel Hakim KIK SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012 Bersama Pengarah BPTV,Panel-panel Hakim KIK dan Inovasi dari UPSI dan SIRIM bagi Pertandingan Inovasi SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012



Ahad, Februari 21, 2010

Satu Malam..Andai Ku Tahu

Pada satu malam teman makan malam dengan famili di sebuah restoran dalam sebuah tasek berhampiran UNITEN. Setelah order dibuat, sebuah kumpulan pemuzik bergerak dari meja ke meja. Teman sebenarnya tak suka diganggu waktu makan. Tetapi akhirnya kumpulan tersebut sampai juga ke meja teman dan famili. Lalu tanpa diminta, kumpulan tersebut menyanyikan sebuah lagu John Denver Take Me Home, Country Roads. Mereka memilih lagu itu mungkin melihat umur teman ni sebaya dengan usia lagu itu, kot. Dalam tak mahu melayan, tergoyang-goyang juga kaki teman.. Teringatkan kampong disebabkan lirik lagu tersebut.

Country roads, take me home
To the place I belong
West ...... , mountain mama
Take me home, country roads.

Habis saja lagu tu, ingatkan kumpulan tu beredar rupanya masih menunggu arahan teman sama ada mahu nyanyian lagi. Untuk tidak menghampakan kumpulan itu, Teman pun terus suruh kumpulan tu nyanyikan lagu UNGU : Andai ku Tahu, niatnya supaya dapat mengingati kematian dalam seronok bermuzik... tersentuh juga hati teman dengan kemerduan suara dan kemahiran mereka bermuzik.




andai ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku
andai ku tahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku
chorus:
aku takut
akan semua dosa-dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku
andai ku tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu..


Baca selanjutnya ...

Sabtu, Februari 20, 2010

Temuduga

TEMUDUGA SATU SOALAN


Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu
permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun
beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas
memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump
untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).


Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula
berkata, "Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon
yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini"


Soalannya adalah: "Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?",
tanya CEO tersebut.


Calon pertama berkata,"FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa
kita sedari""Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi.


"Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua."KELIP MATA, kerana tanpa kita
sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip", jawab
calon kedua."Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun
ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu.


"Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga."Kalau kita tengok,
lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya
rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,jawab calon ketiga."Jawapan
yang terhebat setakat ni.


Bagaimana pula dengan kamu?"CEO terus mengusulkan soalan kepada calon
keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di
syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.


"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa
perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon keempat
dengan yakin sekali."Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius
langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO
terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.


"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit
perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau
MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah......... .....


Agak-agaknya, siapa yang terpilih? dan Kenapa?
Baca selanjutnya ...