Rabu, Mac 31, 2010

Maaf kepada Sahabat-sahabat

Kemampuan manusia terbatas baik secara fizikal dan mental. Keterbatasan ini menyebabkan manusia memerlukan rakan untuk kerjasama dan berkolaborasi. Kalau mengikut Vygotsky, dengan kolaborasi bersama rakan, tahap 'zone of proximal development' dapat dilonjakkan dengan lebih tinggi berbanding bersendirian.

Teman sendiri merasakan dengan kerjasama dalam pasukan akan memudah dan meningkatkan prestasi kumpulan dan individu baik pengetahuan mahupun produktiviti. Sebenarnya teman sudah sampai tahap yang tidak mampu menyelesaikan tugas dan masalah secara bersendirian. Terima kasih kepada sahabat-sahabat JTP yang sudi membantu menyelesaikan beberapa projek yang teman rasa tidak mampu teman selesaikan. Hanya Tuhan sahaja dapat membalas jasa anda semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih