Jumaat, April 02, 2010

Al Fatihah Mior Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2010: Setelah hampir sejam bertarung nyawa, pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi. Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, sebelum ini dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang kerana disyaki menghidap kejutan denggi berdarah pada 29 Mac 2010.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Suhaini Che Man dan 3 orang anak Nil Aina,17, Mior Syafiq Aridhuan,12 dan Nir Ain.Teman mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Setiap pagi dalam perjalanan ke tempat kerja, teman sentiasa menunggu program "drama sebabak dengan din beramboi" antara pukul 7 hingga 7.30 pagi. Kekadang kalau orang tengok teman dalam kereta ketawa sorang-sorang, tentu dema kata teman orang gila. Tetapi begitu la hakikatnya, kerana lawak kelakar Din membuatkan teman rasa ceria di pagi hari untuk memulakan kerja. Namun, kini Din telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Orang tua-tua kata patah tumbuh hilang berganti. Bagi teman, Din tidak ada pengganti. Din adalah Din. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih