.

Hirarki tertinggi kemahiran berfikir dalam Revised Taksonomi Bloom adalah penciptaan sesuatu yang baru Merenung nasib rakyat Palestin Kursus Dokumentasi Bahan Inovasi Majlis Bandaraya Ipoh Bersama wakil Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Negeri Perak dalam Bengkel Dokumentasi Bahan Inovasi 2013 Pembentangan Inovasi 2008 bagi Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran 2008 Menerima Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran 2008 - Johan Bagi Projek e-Daftar Menerima Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Perak 2008 - Johan Bagi Projek e-Daftar Menerima Anugerah Inovasi Sempena Seminar Penyelidikan Anjuran BPG-IPG - Johan Bagi Projek e-Takwim Johan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Negeri Perak 2010 - Projek e-Chopp Pembentangan Projek Inovasi Bagi Anugerah Inovasi ICT 2011 di Telekom Malaysia Menerima Anugerah Inovasi ICT Negeri Perak 2011 - Johan Bagi Projek myKompetens Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Barang siapa yang solat sesudah maghrib enam rakaat dimana tidak berkata-kata ia diantaranya dan kata-kata buruk, menyamailah solat itu baginya dengan ibadah 12 tahun Sesi Latihan Fasilitator Pensyarah Kolej- kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Puasa dan al-quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat. Wahai isteriku, kehidupan ini seperti kita melayari bahtera di lautan Di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung Persepsi terhadap kualiti pendidikan di Lab School Jakarta amat mengujakan Bersama YB DS Dr. Zahid, YB ADUN Rungkup dan Bekas Ketua Polis Perak Bersama Pengarah IPG Kampus Ipoh Menerima Anugerah Inovasi 2009 Peringkat Negeri Perak  Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan Panel Hakim Inovasi Majlis Perbandaran Manjung Panel Hakim Inovasi Majlis Perbandaran Manjung bersama peserta inovasi Panel Hakim Inovasi Majlis Bandaraya Ipoh Panel Hakim Inovasi Majlis Daerah Batu Gajah Cenderamata kepada teman sebagai Panel Hakim KIK SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012 oleh Timbalan Menteri MOSTI Rumusan sebagai Ketua Panel Hakim KIK SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012 Bersama Pengarah BPTV,Panel-panel Hakim KIK dan Inovasi dari UPSI dan SIRIM bagi Pertandingan Inovasi SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012



Sabtu, Mei 22, 2010

Tenung Nasib Moden dan Kuno

Fenomena tenung nasib sedang melanda umat Islam di Malaysia. Dari hari ke hari kaedah tenung nasib semakin mendapat sambutan dari kaedah moden hinggalah kaedah kuno. Laman komuniti facebook.com (laman ini dah jadi hit no. 1 di dunia pada 22 Mei 2010) juga semakin rancak menyediakan kuiz-kuiz tenung nasib dan rahsia personaliti. Sebelum itu, telah banyak disebarluaskan rahsia-rahsia personaliti berdasarkan zodiak, hari kelahiran, kedudukan dalam adik-beradik, warna kegemaran, cara berjalan, bentuk wajah, bentuk jari, kedudukan tahi lalat dan pelbagai lagi yang digemari oleh masyarakat kita.
Fenomena ini, jika tidak berhati-hati akan merosakkan aqidah. Perkara meramal telah diharamkan. Sumber yang mengharamkannya banyak sekali. Dalam Al-Quran, Surah Al-Maaidah, ayat 90, Allah berfirman yang maksudnya,

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

Imam Muslim dalam kitab Shahih Muslim, meriwayatkan bahwasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Barangsiapa mendatangi ‘arraaf’ (tukang ramal) kepadanya, tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari.”

Abu Dawud pula meriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dari Nabi صلى الله عليه وسلم , baginda bersabda: “Barangsiapa yang mendatangi kahin (dukun) dan membenarkan apa yang ia katakan, sungguh ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad Shallallahu ’alaihi wa sallam.”

Fenomena ini memang merunsingkan teman. Teman diganggu dengan surat-surat sami. Tolongla pak sami... jangan hantar lagi surat dari tokong kome. Teman tak suka diganggu. Teman, mengemukakan isu ini bukan apa, sejak 2 tiga tahun yang lepas sehingga hari ini teman selalu dihujani oleh surat-surat dari satu tokong yang berada di utara Malaysia. Surat tersebut menjemput teman untuk bertemu sami di tokong berkenaan yang dikatakan mampu menenung nasib dan mengubati sebarang penyakit. Kome ingat teman ini kaki judi dan tenung nasib ke, sehingga memerlukan bantuan sami berkenaan. Dari mana depa ni dapat alamat teman pun teman tak tahu la. Seingat teman, dah hampir 7 surat dari tokong berkenaan telah dihantar kepada teman, dari surat menggunakan setem sehingga la surat yang menggunakan mesin daftar setem. Wahai sami dan agen-agen sami dari tokong utara tu, kami umat Islam diharamkan dari mengamalkan tenung nasib dan berjudi. Jika Pak sami dah terlalu desprado... hubungi pak menteri yang nak memperbadankan judi bola Piala Dunia 2010 nanti. Itu pun kalau jadi diberi lesen.
Baca selanjutnya ...

Isnin, Mei 17, 2010

Radiasi: metos atau fakta

Hari ini adalah Hari Telekomunikasi Sedunia sseperti mana yang telah ditetapkan oleh pihak International Telecommunication Union (ITU) di Geneva. Sempena hari itu satu seminar berkaitan jalur lebar (broadband) dan kesan radiasi di adakan di SUK Negeri Perak. Tema pada tahun ini seperti yang diumumkan oleh ITU adalah "BETTER CITY AND BETTER LIFE WITH ICTs". Beberapa kertas kerja telah dibentangkan oleh pembentang yang dijemput khas.



Salah satu isu yang menarik perhatian para peserta seminar adalah berkaitan penggunaan alatan wireless broadband dan telefon selular sama ada mempunyai kesan radiasi. Pembentang kertas kerja dari Kementerian Kesihatan telah ditanya bertubi-tubi oleh peserta kerana keperihatinan peserta kepada isu kesihatan.

Pembentang telah menyatakan bahawa kesan radiasi terbahagi kepada 2 iaitu kesan radiasi tak mengion (tidak merosakkan DNA) dan kesan radiasi mengion (merosakkan DNA). Kesan radiasi mengion adalah seperti xray mana kala kesan radiasi tak mengion adalah seperti alatan telefon.

Kesan penggunaan telefon dan alatan broadband (tidak mengion) mempunyai 2 kesan iaitu kesan dalam bentuk biologi dan kesan kepada kesihatan. Penggunaan telefon dan alatan broadband akan menyebabkan kesan panas pada alat berkenaan. Gelombang radio pada 450 and 2700 MHz kuasa yang dihasilkan hanyalah dari 0.1 to 2 watt. Kepanasan ini akan semakin tinggi kalau digunakan pada masa lama. Kesan panas ini akan menyebabkan kesan biologi yang mana badan dengan secara semula jadi akan meneutralizekan kepanasan tersebut. Namun yang menjadi persoalan yang belum terjawab oleh kajian WHO adalah kesan kepada kesihatan dalam masa panjang. Sehingga hari ini, tiada bukti yang konsisten tentang kesan pendedahan gelombang radio di bawah 1 watt.

Kita tunggulah hasil kajian WHO yang menjanjikan akan dikeluarkan pada 18 Mei 2010. Hasil kajian ini dijalankan hampir 20 tahun dengan melihat kesan jangka pendek dan jangka panjang penggunaan alatan telekomunikasi.

Meminjam kata-kata penutup oleh pembentang, segala peralatan hasil inovasi dan kreativiti akal manusia ada kebaikan dan keburukan. Kalau ikut Adam Smith, beliau mengemukakan istilah 'kos melepas'. Namun, kita sebagai pengguna yang bijak, perlu pandai mengoptimumkan hasil inovasi sains dan teknologi tetapi dalam masa yang sama kita meminimumkan risiko dan bahaya akibat dari teknologi. Kepada kanak-kanak, penggunaan alatan gelombang broadband dan telekomunikasi perlu dihadkan kepada penggunaan yang penting kerana otak mereka masih muda dan sensitif dengan kesan radiasi. Ini bukan bermakna gelombang tersebut penyebab penyakit seperti kanser.

Pada teman, jika manusia bergantung kepada segala gelombang alatan komunikasi dan persekitaran, manusia menjadi tegang. Menurut Dr Azhar Sarip persekitaran akan mewujudkan 4 tahap gelombang kepada otak (paling tinggi ke paling rendah)
  1. Beta - stress, semasa berfikir, dan bekerja
  2. Alpha - bersantai
  3. Theta - tidur-tidur ayam dan tenang.
  4. Delta - tidur nyenyak.
Oleh itu, 90% manusia duduk di gelombang Beta (stress dan radiasi). Namun, untuk meredakan gelombang beta, azan dianjurkan supaya kita berada pada gelombang Theta. Banyak perkara ajaib berlaku di dalam gelombang ini. Dunia akan rosak binasa seandainya tiada gelombang Theta. Azan menstabilkan dunia ni.. dari gelombang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Azan satu terapi yang baik dan sangat penting. Jadi, kurangkan radiasi pada gelombang beta dengan azan dan solat supaya gelombang theta dapat meredakan risiko kemerosotan kesihatan dalam jangka panjang.
Baca selanjutnya ...

Ahad, Mei 16, 2010

Selamat Hari Guru

Kepada semua guru saya yang telah berjasa kepada teman dari bangku sekolah tadika sehingga sekarang, Selamat Hari Guru. Jasa mu tiada dapat dibalas. Moga Allah membalas budi kalian. Dalam keghairahan merayakan hari tersebut, teman rasa rata-rata sekolah merayakan dengan cara kurang sesuai terutama di sekolah-sekolah rendah.

Sebagai satu contoh, boleh dikatakan kebanyakkan sekolah rendah akan membacakan perutusan menteri dan ketua pengarah.
Jika diteliti, apalah yang difaham oleh budak-budak tahap 1 apabila dibacakan perutusan tersebut. "Diammmmmmm, dengo cikgu baca perutusan tu", herdik guru disiplin kepada anak-anak kecil berumur 7 tahun yang bising kerana bosan dengan bacaan yang hampir memakan masa 30 minit. Sudah lah panas mentari pagi mula memancar, pelajar terus bermasam muka diherdik dan dibentak. Selepas habis acara guru "membaca", murid-murid dikerah ke padang. "Barisssssssssss, semua ke padang tengok cikgu main bola dan bola jaring. jangan ada yang pergi kantin", arah guru kepada anak didik yang kecik molek. Guru terlompat-lompat, terkinja-kinja, terjerit-jerit semasa main, manakala pelajar tengok gelagat cikgu. Dah la mereka perut lapar, panas mentari lagi, habis satu hari pelajar tak belajar. Cuma tengok gelagat cikgu merayakan hari mereka.
"Belajar apa hari ni', tanya seorang ayah kepada anaknya apabila tamat waktu persekolahan. "Bosan, tak belajar apa, tengok cikgu baca dan main bola", cerita anaknya. "Kalau tau macam ni, lebih baik duduk rumah", rungut anak kecil itu lagi
Ini adalah satu senario yang biasa dihadapi oleh ibubapa. Hari guru, sepatutnya hari di mana jasa dihargai dan disanjungi oleh pelajar dan ibubapa. Oleh itu, guru-guru perlu fikirkan satu pendekatan dan nilai semula gaya perayaan yang telah dilakukan agar pelajar dan ibubapa belajar menghargai jasa guru di hari tersebut.
Baca selanjutnya ...

Sabtu, Mei 15, 2010

Senario SKTD




2007 SKTD adalah seperti sekolah biasa. Senarionya tidak ada bezanya dengan lain-lain sekolah. Tetapi sejak 2008 perubahan demi perubahan telah menonjol terutama dari segi pembangunan fizikal. Perubahan-perubahan yang berlaku adalah berkat kerjasama komuniti sekolah berkenaan. Seingat teman, pernah teman mencadangkan kepada pengurusan sekolah membuat lawatan ke sekolah terbaik. Kebetulan teman sering melawat ke sekolah-sekolah memantau praktikum dan kursus pendek. Oleh itu, teman dapat melihat perbezaan etos antara satu sekolah dengan sekolah yang lain. Pada 2008, warga SKTD pernah melawat sekolah-sekolah Harapan Negera seperti SK Kampong Jambu Taiping dan SK Ampang, Ipoh. Lawatan ini penting supaya menjana ide dan menjadikan sekolah-sekolah yang baik sebagai benchmark. Kini, SKTD telah setanding dan malah ada beberapa perkara mengatasi sekolah-sekolah yang telah dilawati. Semoga pencapaian yang diperolehi dapat diterus dan dipertingkatkan dari masa ke masa.


Kita sedar, senang untuk mencapai kejayaan jika ada ketekunan dan semangat. Namun, bukan senang untuk mengekalkan kejayaan dan pencapaian sedia ada. Namun jika semangat tinggi, ketekunan, sokongan dan apreasiasi oleh semua pihak kepada sekolah, kejayaan akan berterusan dan dapat dipertingkatkan. Atas kesedaran bahawa pengekalan kejayaan bukan tanggungjawab guru semata-mata, pada hari ini, aktiviti gotong royong telah dilaksanakan. Ibubapa dan guru-guru bersama-sama memulihara dan menceriakan persekitaran sekolah. Kerana, jika difikir dan nilai, ini la tempat anak-anak menghabiskan masa yang panjang dalam hidup seharian mereka. Dengan penyediaan tempat yang kondusif, mereka akan sentiasa suka kepada sekolah dan warga sekolah.

Suasana Gotong Royong Pelajar, Guru dan Ibu bapa








Selepas tamat program gotong royong, teman sempat meninjau persekitaran SKTD. Beberapa tempat yang menarik sempat teman rakamkan untuk peninjau blog teman. Ini adalah antara hasil kerja warga SKTD terutama guru-guru.


Senario Sekolah SKTD




Laman Merdeka
(Tanaman bunga dan pokok hiasan)




Laman Herba
(Tanaman pokok herba yang baik untuk kesihatan)




Laman Samudera dan Sudut Kreativiti Pelajar
(Peralatan nelayan menangkap ikan)






Laman Tani
(Info berkaitan kampong dan pokok serba guna)




Dusun SKTD
(Tanaman pokok-pokok buahan tempatan)





Kiosk PPDA, PSS dan Tradisional
(Pondok kecil yang menempatkan maklumat)





Medan Ting-ting dan Dam Besar
(Tempat pelajar bermain mainan tradisional)




Papan Maklumat
(Pelan sekolah, Sejarah sekolah, Pelajar Mithali dan Aktiviti Guru)







Kawasan Kantin
(Dipenuhi dengan bahan bacaan di meja dan dinding)


Sudut Mural
(Sains, Bahasa, Astrologi, Jawi)





Sudut Bahasa Inggeris



Pentas yang Di bina oleh PIBG

Amalan Kitar Semula



Kini, suasana persekitaran sekolah telah berubah dan amat membanggakan. Teman boleh beri 5 bintang kepada usaha, keazaman, kreativiti dan penambahbaikan berterusan yang dilakukan.
SKTD dalam TV3

video

Baca selanjutnya ...