Ahad, Mei 16, 2010

Selamat Hari Guru

Kepada semua guru saya yang telah berjasa kepada teman dari bangku sekolah tadika sehingga sekarang, Selamat Hari Guru. Jasa mu tiada dapat dibalas. Moga Allah membalas budi kalian. Dalam keghairahan merayakan hari tersebut, teman rasa rata-rata sekolah merayakan dengan cara kurang sesuai terutama di sekolah-sekolah rendah.

Sebagai satu contoh, boleh dikatakan kebanyakkan sekolah rendah akan membacakan perutusan menteri dan ketua pengarah.
Jika diteliti, apalah yang difaham oleh budak-budak tahap 1 apabila dibacakan perutusan tersebut. "Diammmmmmm, dengo cikgu baca perutusan tu", herdik guru disiplin kepada anak-anak kecil berumur 7 tahun yang bising kerana bosan dengan bacaan yang hampir memakan masa 30 minit. Sudah lah panas mentari pagi mula memancar, pelajar terus bermasam muka diherdik dan dibentak. Selepas habis acara guru "membaca", murid-murid dikerah ke padang. "Barisssssssssss, semua ke padang tengok cikgu main bola dan bola jaring. jangan ada yang pergi kantin", arah guru kepada anak didik yang kecik molek. Guru terlompat-lompat, terkinja-kinja, terjerit-jerit semasa main, manakala pelajar tengok gelagat cikgu. Dah la mereka perut lapar, panas mentari lagi, habis satu hari pelajar tak belajar. Cuma tengok gelagat cikgu merayakan hari mereka.
"Belajar apa hari ni', tanya seorang ayah kepada anaknya apabila tamat waktu persekolahan. "Bosan, tak belajar apa, tengok cikgu baca dan main bola", cerita anaknya. "Kalau tau macam ni, lebih baik duduk rumah", rungut anak kecil itu lagi
Ini adalah satu senario yang biasa dihadapi oleh ibubapa. Hari guru, sepatutnya hari di mana jasa dihargai dan disanjungi oleh pelajar dan ibubapa. Oleh itu, guru-guru perlu fikirkan satu pendekatan dan nilai semula gaya perayaan yang telah dilakukan agar pelajar dan ibubapa belajar menghargai jasa guru di hari tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih