Selasa, Ogos 16, 2011

10 Tips Nilai Kompetensi Diri Sendiri

Setiap kerja akan dinilai. Setengah individu melihanya sebagai mimpi ngeri yang sukar untuk ditempuh. Kekadang kita telah berusaha semaksimum tenaga tetapi penilaian yang diberikan tidak memuaskan.  Sebenarnya apa yang menjadi penilaian (baik kualitatif atau kuantitatif)? Setiap  organisasi memiliki parameter yang berbeza-beza. Namun secara umum memiliki kesamaan dalam perkara-perkara tertentu seperti:
  1. Pengetahuan tentang kerja. Berkaitan dengan pengetahuan, kemampuan dan wawasan pada bidang pekerjaan yang dijalankan.
  2. Prestasi Kerja. Berdasarkan job knowledge tersebut, diharapkan ia dapat memenuhi standard yang ditetapkan.
  3. Komitmen. Kesetiaan kepada tugas dan organisasi melebihi tanggungjawab, semangat untuk maju, kecenderungan belajar dan mengembangkan diri. Komitmen ini  tidak boleh dilihat dalam jangka pendek. Dalam komitmen ini, konsistensi menjadi penting, jika anda hanya mempunyai komitmen dalam waktu pendek, tidak konsisten, maka pihak atasan tidak melihatnya sebagai  komitmen yang boleh dipertanggungjawabkan.
  4. Proaktif. Orang yang selalu proaktif dan berinisiatif, tentunya akan mendapat nilai lebih bagus dibanding mereka yang hanya melakukan pada tugas-tugas yang diberikan. Menyelesaikan tugas dengan baik, belum cukup dan perlu mengembangkan kerjaya serta melihat peluang baru.
  5. Produktiviti. Penilaian adalah juga berasaskan jumlah produk dan perkhidmatan yang diberikan. Jika kuantitinya di bawah sasaran yang ditentukan, anda dianggap tidak perform.
  6. Kemampuan mengurus. Kemampuan dalam membuat perancangan kerja, keluwesan berfikir, kecekapan dalam mengenalpasti dan mengatasi masalah dan memimpin kumpulan.
  7. Integriti.  Sejauhmana anda mampu  mempertahankan prinsip dan nilai-nilai yang anda miliki dalam menjalankan kerja. Anda boleh fleksibel, tetapi anda bukan orang yang boleh berkompromi jika berkait dengan prinsip dan nilai profesion.
  8. Keluwesan Bergaul. Anda boleh bergaul dan berkomunikasi  sesama rakan sekerja, atasan dan bawahan. Keluwesan bergaul adalah salah satu indikasi bahawa anda membina produktiviti di dalam lingkungan kerja.
  9. Kehadiran. Kehadiran anda yang baik, tentu akan dilihat sebagai orang yang disiplin dan akan mempengaruhi penilaian.
  10. Penampilan. Sebenarnya ini bergantung kepada bidang pekerjaan anda.  Yang terpenting kita dilihat rapi dan bersih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih