Khamis, Ogos 18, 2011

Apa Niat Kita Menulis?

Setelah beberapa bulan blog yang teman sukai tidak diupdate, lantas teman bertanya kepada empunya blog "tuan, kenapa lama tak update blog?", dan lantas tuan punya blog menyatakan dalam senyuman dengan kata "Mula-mula je semangat, lepas tu senyaplah".

Ayuh kita tafakkur sejenak dan tanyakanlah pada diri sendiri, apakah kita mentajdidkan niat sebelum menulis blog, empunya diri yang menulis punyai jawapannya. Andainya ilmu yang ingin dikongsikan itu amat bermakna maka silalah tebarkan kalimah-kalimahnya, supaya menjadi amal jariah dan ilmu bermanfaat yang akan diamalkan oleh orang lain. Andainya blogger menulis kerana ingin menempah populariti atau pangkat melalui dunia maya, maka tulislah apa sahaja karangan yang sedap dibaca, susunlah kalimah-kalimah pujangga, usah difikirkan ianya bermakna atau tidak. Usah difikirkan tentang integriti dan responsibiliti. 

Dosa si tangan itu bukan semestinya merompak dan mencuri harta manusia, bukan semestinya melukakan badan sesiapa, tapi dosa tangan dan jari-jemari itu boleh bermula dengan sebab salahnya tulisan yang disebar pada manusia atau sebab tidak dititipkan jari menaip untuk perkongsian ilmu yang bermanfaat.

Semoga para penjenguk blog menemui blog-blog yang lebih bersih niat hatinya dan lebih 'alim ilmunya. Semoga kebaikan yang kita impikan itu kita jua beroleh manfaatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih