Selasa, Januari 10, 2012

“Khalid al Waled” tidak meroyan

Bila memerhati perkembangan terkini politik tanah air, Nampaknya ahli politik kita tidak boleh setanding dengan panglima Islam Khalid Al Walid yang diturunkan kuasa kepada seorang anak muda dan terus berwala' kepada kepimpinan. Senario pecat memecat, penurunan tahta kuasa dan tidak terpilih dalam jawatan kuasa telah menjadi faktor ahli politik meroyan. Baik orang tersebut ahli parti Islam yang telah ditarbiyyah dan dididik dalam jamaah mahupun ahli NGO lain, apabila berlaku penurunan kuasa, mereka tidak sanggup dan menemplak dan melatah menyalahkan orang lain apabila berlaku masalah atau musibah tersebut.

Jika pemimpin seperti Dr. Hassan Ali tidak dapat menghayati prinsip berwala, masakan rakyat yang tidak ditarbiyah langsung boleh menghayati prinsip wala. Begitu juga kepada ahli lain baik dari PAS, KR dan UMNO, jika mereka tidak dicalonkan sebagai calon-calon PRU13, adakah mereka meroyan macam orang gila talak?

Hidup berjamaah mempunyai prinsip Wala’. Secara tepatnya kalimah wala’ terangkum di dalamnya beberapa pengertian iaitu;

1. Memberikan kasih-sayang
2. Memberikan ta’at-setia yang tidak berbelah-bagi
3. Mengangkat sebagai pemimpin,
4. Menjadikannya sebagai teman-rapat atau sekutu,
5. Memberi kepercayaan,
6. Tempat mencurahkan bantuan dan pertolongan

“Sesungguhnya orang yang harus kamu berikan wala’ kamu kepada mereka hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang beriman yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka tunduk-patuh (kepada hukum-hakam Allah). Dan sesiapa yang memberikan wala’nya kepada Allah, Rasul dan orang-orang beriman, maka sesungguhnya golongan (yang mendokong agama) Allah itulah yang pasti menang”. (al-Maidah: 55)

Dalam ayat di atas, Allah menegaskan bahawa wala’ dari seorang muslim hanya boleh diberikan kepada tiga golongan iaitu;

1. Allah
2. Rasulullah
3. Mukminin (orang-orang beriman)

Namun tidak semua orang yang mengaku beriman harus diberikan wala’ kepada mereka. Ini kerana Allah mengikatnya dengan tiga syarat iaitu;
1. Yang menunaikan solat,
2. Yang mengeluarkan zakat,
3. Yang tunduk-patuh kepada Syari’at Allah.

Namun, melihat kepada realiti orang-orang yang telah dipecat oleh organisasi, meroyan ke sana ke sini, teman tertanya-tanya, sejauhmana tarbiyah organisasi itu telah mencapai keikhlasan berjuang hanya kerana Allah untuk mendapat syahid. Jauh panggang dari api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih