.

Hirarki tertinggi kemahiran berfikir dalam Revised Taksonomi Bloom adalah penciptaan sesuatu yang baru Merenung nasib rakyat Palestin Kursus Dokumentasi Bahan Inovasi Majlis Bandaraya Ipoh Bersama wakil Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Negeri Perak dalam Bengkel Dokumentasi Bahan Inovasi 2013 Pembentangan Inovasi 2008 bagi Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran 2008 Menerima Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran 2008 - Johan Bagi Projek e-Daftar Menerima Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Perak 2008 - Johan Bagi Projek e-Daftar Menerima Anugerah Inovasi Sempena Seminar Penyelidikan Anjuran BPG-IPG - Johan Bagi Projek e-Takwim Johan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Negeri Perak 2010 - Projek e-Chopp Pembentangan Projek Inovasi Bagi Anugerah Inovasi ICT 2011 di Telekom Malaysia Menerima Anugerah Inovasi ICT Negeri Perak 2011 - Johan Bagi Projek myKompetens Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Barang siapa yang solat sesudah maghrib enam rakaat dimana tidak berkata-kata ia diantaranya dan kata-kata buruk, menyamailah solat itu baginya dengan ibadah 12 tahun Sesi Latihan Fasilitator Pensyarah Kolej- kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Puasa dan al-quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat. Wahai isteriku, kehidupan ini seperti kita melayari bahtera di lautan Di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung Persepsi terhadap kualiti pendidikan di Lab School Jakarta amat mengujakan Bersama YB DS Dr. Zahid, YB ADUN Rungkup dan Bekas Ketua Polis Perak Bersama Pengarah IPG Kampus Ipoh Menerima Anugerah Inovasi 2009 Peringkat Negeri Perak  Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan Panel Hakim Inovasi Majlis Perbandaran Manjung Panel Hakim Inovasi Majlis Perbandaran Manjung bersama peserta inovasi Panel Hakim Inovasi Majlis Bandaraya Ipoh Panel Hakim Inovasi Majlis Daerah Batu Gajah Cenderamata kepada teman sebagai Panel Hakim KIK SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012 oleh Timbalan Menteri MOSTI Rumusan sebagai Ketua Panel Hakim KIK SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012 Bersama Pengarah BPTV,Panel-panel Hakim KIK dan Inovasi dari UPSI dan SIRIM bagi Pertandingan Inovasi SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012



Ahad, September 30, 2012

Shila Amzah Asian Wave 2012

Teman ni jarang nak memuji bakat suara artis Malaysia selain Ust Asri Ibrahim. Teman susah nak puji artis-artis ini kerana banyak yang tak elok yang mereka buat berbanding yang elok walaupun berbakat. Contohnya Siti Nurhaliza berbakat tapi memecah belah rumah tangga orang lain, Akil Hayy berbakat tapi bercerai berai pulak.

Baru-baru ini iaitu pada 27 Sept., dalam perjalanan balik dari mengaudit bahan-bahan inovasi di daerah Batang Padang, sebuah stesen radio telah menemuramah seorang artis Malaysia yang jarang teman dengar namanya iaitu Shila Amzah. Bila teman dengar dia baru menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai China dengan mengalahkan peserta dari China, India, Thailand, Singapura dan Korea Selatan, rasa ingin tahu teman bertambah-tambah.

Setelah mendengar sesi temuramah di radio tersebut dan sedutan dari lagu mandarin yang dinyanyikan, teman merasakan bahawa bakat orang Melayu ini sebenarnya tidak kalah juga dalam kalangan masyarakat cina di Kota Shanghai. Sesampai di rumah, teman mencari rakaman nyanyian Shila di pertandingan tersebut di Youtube. Teruja teman dengan artis tersebut bila tampil dengan bertudung di pentas. Setelah meneliti suara beliau dan suara persaing-persaing, teman puji la bakat suara Shila yang power. Malah seorang juri pertandingan itu iaitu Eric Moo telah melabelkan Shila sebagai seorang Superstar yang berjaya membuatkan penonton rasa meremang dengan gaya vokal mantap nyanyiannya itu.



Nasihat teman la, bila telah membuktikan kemampuan suara dan mengalahkan pesaing yang juga hebat-hebat, jangan cepat lupa diri. Lebih-lebih lagi bila dah berhijab, kena jaga la tingkah laku supaya tidak menimbulkan fitnah pada diri dan agama Islam. Tahniah Shila kerana telah dinobatkan suara terbaik di peringkat antarabangsa, harapan teman jangan lupa pada lagu-lagu ketuhanan, lagu-lagu dakwah yang boleh dijadikan medium dakwah. Lihat sahaja Ust Asri Ibrahim, walaupun beliau telah meninggalkan kita buat selama-lamanya, namun alunan suara dalam rakaman nasyid, zikir dan bacaan AlQuran nya masih berkumandang dan menjadi amal jariahnya setelah berada di alam barzah.







Baca selanjutnya ...

Sabtu, September 29, 2012

Bajet 2013 vs Buku Jingga

Pasca pembentangan Bajet 2013 mempunyai berbagai reaksi. Bagi ahli politik Barisan Nasional, mereka optimis bahawa Bajet 2013 akan memberi impak positif kepada sokongan rakyat menjelang PRU13. Bagi ahli akdemik seperti Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata pula, kemungkinan trend semasa akan naik semula memandangkan Najib telah mengumumkan Bajet 2013 hari ini.

Namun, sebagai rakyat awam penelitian dan pemahaman yang baik bagi setiap penyataan dalam ucapan dan dokumen bajet perlu dilakukan supaya kita menjadi rakyat yang bijak.

Download BAJET 2013 
Download Buku Jingga
Pembangkang dengan Bajet Buku Jingga
Baca selanjutnya ...

Khamis, September 27, 2012

Alahai Pentadbir Sekolah

Baru-baru ini teman ditanya tentang sikap seorang pengetua sebuah sekolah kluster di Ipoh yang memaksa staf sokongan dan guru menghadiri ke sekolah untuk melaksanakan Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) dengan notis panggilan kursus hanya satu hari. Pengadu tersebut amat tidak berpuashati kerana berturut-turut 3 Sabtu pengetua tersebut menggunakan hari cuti mereka untuk berada di sekolah untuk bertugas. Kebanyakan staf di sekolah berkenaan menurut pengadu, takut kepada pengetua tersebut kerana sikap yang panas baran, menengking di khalayak, dan terlalu emosional serta kurang mesra. Bagi kaki tangan yang tidak hadir, pengetua tersebut mengarahkan kakitangan mengisi borang cuti atau mendapatkan cuti sakit dari doktor swasta.

Setelah mendengar dengan teliti cerita pengadu, teman memohon pengadu membaca:
  1. PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2005 PELAKSANAAN LIMA HARI BEKERJA SEMINGGU JPA dan 
  2. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/2005 PERLAKSANAAN BEKERJA LIMA HARI SEMINGGU KPM 
  3. petikan akhbar di bawah yang teman lampirkan.


Pengetua wajib beri rehat untuk kurangkan beban tugas pengajar (Berita Harian 2010/06/05)

PASIR PUTEH: Pengetua dan guru besar wajib memberi rehat kepada guru pada setiap dua hari Sabtu dalam tempoh sebulan untuk mengurangkan beban tugas mereka, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata mereka tidak boleh memaksa guru-guru bertugas pada setiap hari Sabtu dengan aktiviti kokurikulum dan akademik.
Surat pekeliling mengenainya sudah dikeluarkan kepada setiap sekolah," katanya kepada pemberita selepas menutup Hari Kecemerlangan sekolah-sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh di sini semalam.

BERNAMA memetik Alimuddin berkata, pihak sekolah bagaimanapun boleh mengadakan aktiviti luar pada dua hari Sabtu setiap bulan dengan syarat merancang jadual lebih awal untuk memberi ruang guru merancang aktiviti keluarga.

Selain itu, beliau berkata, jika Sabtu jatuh pada hari kelepasan am, sekolah sama sekali tidak boleh memaksa guru bertugas.

Beliau mengulas rungutan guru yang dipaksa guru besar dan pengetua supaya mengajar kelas tambahan pada setiap Sabtu, menyebabkan mereka tiada waktu rehat secukupnya.

Akhbar sebelum ini melaporkan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Kementerian Pelajaran mempertimbangkan supaya guru hanya bekerja lima hari seminggu, sama seperti penjawat awam lain.
Sementara itu, Presiden NUTP, Hashim Adnan, meminta semua pengetua dan guru besar akur surat pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran.

Katanya, ini kerana tindakan segelintir pengetua dan guru besar yang memaksa guru mengajar kelas tambahan pada setiap Sabtu hanya merugikan pihak sekolah dan guru sendiri.

“Jika guru dikerah mengajar setiap Sabtu, ia boleh menyebabkan mereka hilang fokus akibat keletihan apabila mengajar pada minggu berikutnya.

“Keputusan supaya guru wajib diberi rehat dua hari Sabtu dalam tempoh sebulan adalah langkah yang tepat, namun NUTP tetap berpendapat guru wajib rehat pada setiap Sabtu,” katanya.

Selain itu, beliau meminta kementerian mengkaji semula Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2005 yang memberi kelonggaran kepada sekolah melaksanakan program pendidikan tidak lebih dua kali Sabtu dalam sebulan.
Pada teman la, dah jadi pentadbir ni kena pandai merancang, mengurus, memantau, menilai dan ada softskill. Kelemahan pengurus dalam aspek berkenaan menyebabkan akan kurang disegani dan dihormati.
Baca selanjutnya ...

Selasa, September 25, 2012

Bibliografi Muhammad bin Abdullah

Buku ini harus dimiliki oleh setiap insan yang cintakan Nabi Muhammad saw kerana pendekatan penulisan buku ini lebih berbentuk penceritaan yang santai dan berfakta. Gaya penulisan yang mudah dan sistematik dapat membantu pengkaji sejarah dan pencinta Rasul saw menghayati sirah nabawiyyah tersebut. Penghinaan terhadap nabi baru-baru ini melalui filem memang patut ditentang. Namun dalam masa yang sama, kita perlu mengenali nabi dengan lebih dekat supaya kecintaan kita akan lebih bermakna. Oleh itu dapatkan buku ini dan terima kasih sahabat saya yang telah memberi cadangan bacaan buku ini. 

Dengan membaca buku ini di peringkat awal bab, baru lah saya sedar bahawa kelambu kaabah dimulai oleh orang yahudi dari Yaman, tentera Abrahah adalah kristian, gajah Abrahah yang besar bernama Mahmud, di tepi kaabah pernah perzinaan berlaku, hijrah ke Habsyah lebih jauh berbanding ke Madinah dan berbagai rahsia lagi yang patut kita selami.

"Kandungan buku ini elok dan sesuai sebagai pembacaan bagi golongan yang baru mengenali Islam dan yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang riwayat hidup seorang nabi dan rasul. Bukan semua pembaca suka membaca buku-buku ilmiah tentang Islam yang agak berat dengan istilah Arab. Sebagai seorang saudara baru, bentuk penulisan seperti buku ini akan dibeli dan dibaca." - Aliya Yeoh, pendidik -

“Membaca sirah beliau nyata membuka pemikiran dalam konteks perencanaan strategi pentadbiran. Kebijaksanaan beliau bersama sahabat nyata memukau pengkaji-pengkaji pengurusan strategik. Mungkin satu penulisan khusus boleh dilakukan oleh mereka yang berminat.” -Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, pengarah UiTM Segamat & penulis bestseller Travelog Haji -

“Buku ini bukan sahaja wajar dijadikan hadiah kepada bukan Islam, malah kepada remaja Islam hari ini yang lebih mengenali ikon-ikon hiburan berbanding Nabi Muhammad.” -Maizura Ederis, Majalah Millenia Muslim 

“Pengarang berjaya membawa karya ilmuan tentang sejarah Islam ke tahap yang mampu mengatasi novel-novel cinta dan karya popular di pasaran! Gaya penulisan bahasa Melayu yang mudah difahami, olahan yang menarik, selain perjalanan cerita yang mudah diikuti menjadikan buku ini sesuai dibaca dan dihayati oleh pelbagai peringkat umur. Terasa seperti membaca sebuah novel walaupun hakikatnya ia sebuah karya bersifat ilmiah dan sesuai menjadi bahan rujukan.” -Lelucon, blogger
Baca selanjutnya ...

Isnin, September 24, 2012

Jom Bikin Flem

Dalam kehangatan filem penghinaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW, teman terfikir bahawa perlunya para da'ei (pendakwah) turut terjun ke bidang pembikinan filem secara serius. Filem bukan sahaja dilihat hanya sebagai hiburan tetapi ia perlu dilihat sebagai medium dakwah yang paling berpengaruh. 

Ciri filem Islam boleh terbahagi kepada dua iaitu filem berunsur Islam dan filem Islam. Filem berunsur Islam adalah filem yang ada sebahagian dalam filem berkenaan yang bercirikan Islam dalam beberapa aspek seperti skrip, pelakon, dan pakaian. Pelakonnya ketika berlakon memakai tudung tetapi di luar lakonan tidak bertudung. Jurukamera berseluar pendek, masa shooting tidak mengira waktu sehingga masuk waktu solat tidak diendah dan diabaikan.

Namun filem Islam pula adalah secara keseluruhannya adalah bertunjangkan Islam. Dari idea asal, penulis skrip, pengarahan, proses pembikinan yang menjaga batas syariat, waktu solat diutamakan, sehingga setiap sudut dijaga aspek keislamannya. 

Untuk menyampaikan dakwah, prinsip matlamat menghalalkan cara tidak boleh dipakai. Oleh itu para pemain utama dalam industri perfileman, para ustaz, komuniti pasentren, harus turut bergembleng tenaga dalam penghasilan filem Islam yang bermutu bukan sahaja dari segi produk dan proses pembikinan malah dari segi roh Islam dapat digarap di dalam filem.

Dengan penggunaan medium baru internet melalui Facebook, Twitter, Youtube, Google+ dan berbagai rangkaian media sosial, audien (mad'u) dakwah boleh bertambah luas berbanding media ceramah yang hanya akan diikuti oleh masyarakat setempat pada masa berkenaan sahaja. Namun dengan medium baru, mad'u akan lebih luas melangkaui batas geografi dan batas masa. Lihat sahaja Ust. Azhar Idrus sebagai contoh, klip video pendeknya telah menjadi fenomena dalam Youtube dan dijadikan rujukan oleh warga internet. 
Baca selanjutnya ...

Jumaat, September 21, 2012

Ngeh Koo Ham, Syahid Cita-cita Kami

Sudah sekian kalinya, penghinaan terbuka secara sengaja oleh musuh-musuh Islam berlaku. Inilah adalah lanjutan apabila umat Islam tidak kuat rohani jasmani dan kurang prihatin terhadap agama dan Nabi-Nya. Kelemahan yang ada digunakan oleh musuh Islam dengan sewenang-wenangnya terhadap kekasih umat yakni Rasulullah SAW.

Sesungguhnya kesabaran umat Islam ada had dan batasnya. Mempertahankan Rasulullah SAW lebih utama dan sewajibnya melebihi ibu bapa hatta diri sendiri. Inilah yang sentiasa diimani dan diyakini seperti yang diajarkan oleh para sahabat, tabiin dan salaf al-soleh. Memperlekeh terhadap perjuangan membela RasululLah, akidah Islam, syariat Islam, undang-undang Islam, dan sebagainya adalah seperti menjemput umat Islam untuk berperang.

Baik dari pemimpin DAP, MCA, PPP, MIC, UMNO, PAS, PKR, NGO dan sebagainya hati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh membinasa diri.

Contoh kenyataan DAP:



“Saya menarik balik dan meminta maaf kepada umat Islam yang tersinggung dengan 'tweet' saya kerana ia tidak pernah bertujuan untuk menjadi begitu,” katanya. Koo Ham menerusi Twitternya menyebut Khairy wants muslims to protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time and energy on this(Khairy nak orang Islam membantah Sam Bacile. Untuk Islam atau kepentingan politik. Tidakkah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini). Paparan yang dibuat pada 17 September jam 1.43 tengah hari itu telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pemimpin parti Barisan Nasional (BN) dan pembangkang terutama Pas yang menyifatkan Koo Ham tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam. WARTAWAN SINAR HARIAN 20 September 2012
Baca selanjutnya ...

Gambar Superimposed PM


Dalam suasana manusia mencari pengaruh dalam PRU13 berbagai berita disebarkan melalui surat khabar, blog, web dan sebagainya. Berita benar dan palsu kadang-kala sukar dibezakan. Sebagai muslim yang beriman dengan Al Quran kita perlu membuat penapisan dan penyelidikan tentang kebenaran berita yang disampaikan.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ 

Al-Hujraat (6)
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Isu panas baru-baru ini adalah beberapa akhbar perdana di Malaysia telah menyiarkan gambar Perdana Menteri yang telah dibega (diubahsuai). 





Tidak dapat diketahui apa niat wartawan di akhbar-akhbar berkenaan. Ini menjadi bukti kepada masyarakat tentang keperluan menyelidiki kebenaran maklumat yang disampai oleh sesiapa sahaja supaya kita tidak berlaku zalim kepada orang lain. Itu sebablah Islam tidak menerima kaedah gambar dan video sebagai ganti 4 orang saksi dalam tuduhan zina.


Petikan Bernama:
20 September 2012
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah menjalankan siasatan awal berhubung dakwaan satu daripada gambarnya baru-baru ini telah dibega, kata Ketua Pengarangnya Datuk Yong Soo Heong.
"Siasatan awal mendedahkan kecacatan pada gambar itu dikesan berpunca dari tempat ia telah dihantar," katanya hari ini semasa mengulas sekeping gambar Bernama yang dirakamkan di Pekan Sabtu lepas.
Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan motif individu terbabit dan sama ada wujud elemen sabotaj, kata Soo Heong.
"Kami melihat perkara ini dengan serius dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu.
"Bernama sentiasa berusaha mengekalkan standard profesionalisme yang tinggi dan memandang serius integriti di tempat kerja," tegasnya. - Bernama


Baca selanjutnya ...

Selasa, September 18, 2012

Teman dah maafkan kalian

Suatu hari Nabi Muhammad SAW berada di masjid dan mengatakan kepada para sahabat bahawa akan datang di pintu ini seorang ahli syurga. Maka para sahabat pun mununggu di pintu itu dan ternyata yang datang masuk adalah sesorang badwi. Keesokan hari, Nabi mengatakan bahawa di pintu ini akan datang seorang ahli syurga. Lantas para sahabat menunggu dan ternyata, orang Badwi yang sama telah masuk. Dan sampai hari ke-3 Nabi masih mengatakan begitu lagi , maka lantas para sahabat hairan apa amalan badwi tersebut. Lantas salah seorang dari sahabat mengekori orang Badwi itu dan apabila sampai di rumahnya sahabat tersebut mengatakan, “Bolehkah aku tinggal di rumahmu selama 3 hari? Lantas badwi tersebut membenarkan sahabat Nabi untuk tinggal di rumahnya. Hari demi hari terus berjalan. Sahabat Nabi makin heairan apakah amalan orang badwi ini kerana dia sedikit pun tidak nampak dia bangun untuk solat malam atau ibadah-ibadah sunat yang lain yang dilakukan. Maka sahabat Nabi pun mengutarakan pertanyaan kepada orang badwi tersebut .”ya fulan, apa amalan seharianmu sehingga kamu dikatakan oleh Nabi bahawa kamu adalah ahli syurga? Lantas jawabnya, “Amalan seharianku biasa-biasa saja cuma di saat sebelum aku tidur, aku selalu memaafkan orang yang bersalah kepadaku dan memaafkan kesalahan orang lain yang masih mahu berbuat salah terhadapku.”

Atas roh ahli syuga tersebut yang dikhabarkan oleh Rasul SAW teman sentiasa memaafkan sesiapa sahaja selepas setiap solat Isyak. Teman tahu ramai orang telah menginaya, mengkhianati, membohong, mengata, mengumpat dan sebagainya kepada teman. Maklumlah bukan semua orang berkenan atau suka dengan kita. Teman pun bukan orang yang sempurna. Namum teman sentiasa dah memaafkan anda semua. Harapannya adalah teman tidak akan menyimpan perasaan dendam kesumat yang akan menjadi barah kepada jiwa teman dalam masa panjang.
Baca selanjutnya ...

7 Tips Penting Keselamatan E-mel

Keselamatan adalah satu topik penting tetapi sering fikiran kita mempercayai bahawa "ia tidak akan berlaku kepada saya". Kebanyakan kes-kes masalah keselamatan berlaku akibat kejahilan dan kecuaian kita sendiri.
Amalan keselamatan dalam talian penting untuk menjaga identiti kita dalam talian dan kita tidak dicemari virus, penggodam, dan segala jenis penipuan berasaskan Internet.

Berikut adalah beberapa tip keselamatan yang mudah tetapi penting yang perlu anda tahu untuk memastikan akaun e-mel anda sebagai selamat yang mungkin.

1. Gunakan Akaun E-mel yang berasingan

Jika anda guna akaun e-mel anda sebagai hub berpusat semua aktiviti peribadi anda seperti pemberitahuan Facebook, pendaftaran laman web, newsletter, mesej, dan lain-lain, ini bermakna anda meletakkan semua telur anda dalam satu bakul - jika bakul terjatuh, anda akan kehilangan semua telur anda. Mempunyai akaun e-mel berasingan akan membantu meningkatkan keselamatan dan produktiviti anda. Bayangkan jika anda boleh menyatukan semua e-mel kerja anda ke dalam akaun kerja tunggal; semua kawan-kawan anda dan keluarga berkomunikasi dengan akaun peribadi anda, anda mempunyai akaun rekreasi untuk pelbagai laman web dan akaun lembaran iklan untuk link spam yang berpotensi. Dengan cara ini, jika hacksuk ke akaun kerja anda, semua e-mel peribadi anda masih selamat.

2. Mewujudkan Satu Password Unik

Jika anda memiliki satu atau pelbagai akaun, kata laluan perlu unik untuk setiap akaun e-mel anda. Menggunakan satu kata laluan untuk semua akaun anda adalah satu kesilapan. Katakan e-mel peribadi anda di hack, semua pemberitahuan Facebook, peringatan eBay, dan lain-lain lagi akan musnah. Mana-mana penggodam akan menguji akaun-akaun lain dengan kata laluan yang sama, selalunya mereka akan berjaya.

3. Berhati-hati Daripada Penipuan Phishing

Apabila berurusan dengan syarikat tertentu atau produk yang memerlukan maklumat akaun, pernahkah anda melihat mesej berikut: "Jangan sekali-kali memberikan maklumat peribadi anda. Apabila seseorang menghantar anda e-mel yang meminta anda untuk maklumat peribadi anda, ia adalah helah. Tetapi ada tahap lain untuk penipuan ini dan ia dipanggil "phishing." Pada asasnya, pengguna yang berniat jahat akan meniru rekabentuk laman dan menyamar laman web berprofil tinggi (contohnya, eBay, Amazon, Facebook, dan lain-lain) dan mengatakan bahawa mereka sedang mengalami masalah dengan akaun anda; anda menghantar kepada mereka username dan password. Kadang-kadang mereka akan menghubungkan anda ke laman web palsu yang kelihatan sama seperti sebenar.

4. Jangan Klik Pautan Di E-mel

Apabila anda melihat pautan dalam e-mel, 99% daripada masa anda tidak perlu klik. Pengecualian hanya apabila anda tahu siapa pengirim. Jika anda menerima e-mel spam yang cuba untuk menjual perkhidmatan atau produk tertentu, jangan klik pautan. Kadang-kadang mereka mungkin selamat atau mereka akan membawa anda terus ke pintu ‘neraka’ dengan malware dan virus. Jika anda mendapat e-mel dari bank anda atau apa-apa perkhidmatan lain (contohnya, pembayaran bil), sentiasa layari laman web secara manual. Jangan copy dan paste.

5. Jangan Buka Lampiran yang tidak diminta

Dokumen lampiran adalah satu perkara biasa jika anda tahu orang yang menghantar lampiran. Tetapi jika e-mel yang tidak diminta,jangan buka sebarang lampiran.

6. Imbas Untuk Virus & Malware

Jika anda membuka e-mel dan ia kelihatan mencurigakan, imbas/ scan malware dan virus.


7. Elakkan Awam Wi-Fi

Dan akhir sekali, elakkan memeriksa e-mel anda apabila anda berada di Internet awam. Wi-Fi awam sangat tidak selamat. Terdapat program-program dipanggil "sniffers rangkaian" menghidu semua data wireless dalam rangkaian termasuk username dan password. Jangan biarkan kemalasan dan kelalaian menyebabkan anda tidak selamat.
Baca selanjutnya ...

Jumaat, September 14, 2012

SPM Percubaan 2012 Bocor

Kenapa soalan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini bagi Kuala Lumpur dan Selangor, yang berjalan dari 29 Ogos lalu hingga 21 September di didakwa bocor dan sudah tersebar menerusi laman sosial Facebook?

Jawapanya: 
  • Bagi pihak penyedia bahan bocor berbuat demikian kerana memburu hit (tujuan RM) atau populariti.
  • Bagi pihak yang menghadapi peperiksaan SPM, kebocoran ini dialu-alukan kerana hambatan kepada keputusan yang cemerlang.
Menurut sumber tertentu, soalan-soalan itu dimuat turun di Facebook sehari sebelum tarikh peperiksaan bagi setiap subjek. Sementara itu, semakan Sinar Harian di laman sosial berkenaan pada awal pagi mendapati terdapat 23,000 orang telah menerima laman tersebut, namun selepas maklumat mengenainya tersebar di media, laman itu telah tiada pada jam 3 petang tadi.  Hasil semakan itu mendapati terdapat 10 subjek yang didakwa kertas percubaan SPM sebenar peperiksaan telah dimuat turun di laman tersebut.

Fenomena memburu keuntungan dunia adalah disebabkan himpitan, keperluan hidup dan cara mudah mendapatkan habuan dalam bentuk ringgit. Masalah pelajar yang memburu kecemerlangan keputusan peperiksaan telah mereka eksploitasi. Masalah pelajar adalah peluang bagi mereka yang boleh menjana pendapatan. 

Bagi pelajar, tuntutan semasa dari berbagai aspek seperti ibubapa, persekitaran, dan sistem pendidikan negara, memerlukan mereka cemerlang dalam peperiksaan. Penekanan aspek pencapaian akademik (IQ) telah menyebabkan mereka telah mengabai dan melupakan intelek dari segi emosi (EQ) dan spiritual (SQ). Mereka akan cuba sedaya upaya dengan berbagai cara agar matlamat akan tercapai.

Persoalannya, adakah pembocor adalah seperti  Robin Hood yang tinggal di hutan Sheerwood untuk menentang terhadap pemerintah Nottingham?  Robin Hood sering melakukan aksi negatif seperti merompak terhadap para orang kaya dan kemudian membagikan hasil tersebut kepada rakyat miskin. Menurut penguasa pembelajaran pembocor adalah penjahat, sedangkan menurut pelajar ia adalah seorang pahlawan.

Bagaimana pengukuran dan persepsi pelajar ini perlu diperbetulkan? Sistem penilaian peperiksaan perlu diubah dan sistem nilai dalam diri pelajar perlu diperkukuhan.




Baca selanjutnya ...

Khamis, September 13, 2012

Innocence of Muslims

Innocence of Muslims, adalah sebuah movie penghinaan yang melampau oleh Sam Bacile pengarah dan penerbit filem keturunan Israel dari Amerika Syarikat. Dalam satu scene yang 14 minit di Youtube (Teman tidak buat pautan kerana tidak mahu memanjangkan fitnah golongan laknat) menunjukkan Nabi Muhammad sebagai yang menyokong seks bebas dan pedofilia (Semoga pelakon dan orang yang buat filem ni akan dapat balasan yang setimpal dari Allah SWT).

Lanjutan itu, ia telah mencetuskan bantahan rakyat Mesir. Awal hari itu sekumpulan Mesir memanjat dinding Kedutaan Amerika Syarikat di Kaherah dan merobohkan dan membakar bendera Amerika. Filem yang berkualiti rendah telah menghina Islam dan Nabi Muhammad mencetuskan pembunuhan di Kedutaan Amerika Syarikat di Libya pada 2012/09/11. Duta Amerika Syarikat, Chris Stevens dan tiga diplomat lain telah dibunuh kerana penayangan filem berkenaan. 

Adakah serangan ini dirancang sempena ulang tahun ke-11 pada 9/11 di seluruh dunia Islam? Atau adakah serangan dan pembunuhan berlaku disebabkan sumpah Israel yang akan berterusan menyerang Islam? Pada teman adalah, ia salah satu siri penghinaan agama Islam dan orang Islam. Mereka tahu rata-rata umat Islam lemah, bukan sahaja dari kekuatan politik, ekonomi, ketenteraan, perpaduan ummah tetapi juga kurang aspek ketaqwaan. Mereka tahu jika ummat Islam kuat dari segi kekuatan 'TAQWA", mereka akan gerun untuk menghina. Menurut pemimpin agama Yahudi, salah satu indikator yang menunjukkan Islam kuat dari segi ketaqwaan adalah "APABILA JUMLAH JEMAAH YANG SOLAT SUBUH DI MASJID-MASJID SAMA BANYAK DENGAN SOLAT JUMAAT". Maka pada ketika itu, orang-orang Israel akan tunduk dan gerun.

Oleh kerana mereka sedar bahawa umat Islam dalam keadaan lemah lah mereka berani menghina dari masa ke masa dengan berbagai cara.

Kesan kepada pelakon 1
KEsan kepada pelakon 2




Baca selanjutnya ...

Selasa, September 11, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025

Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PPP 2013-2025) akan dilaksanakan berasaskan 11 anjakan utama bagi memastikan transformasi pendidikan negara bersifat futuristik dan jangka panjang.

 >>download PPP BM atau BI<<

PPP 2013-2025 yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh 13 tahun dan membabitkan tiga fasa (gelombang) dijangka bakal menempatkan sistem pendidikan Malaysia setaraf dengan sistem yang dimiliki negara membangun. 

Fasa atau gelombang pertama membabitkan penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan, di mana keperluan guru diberikan penekanan serta pelajar akan diberikan tumpuan dalam pembangunan kemahiran asas mereka. 

Bagi gelombang kedua, rancangan pelaksanaannya akan dilakukan berasaskan perkembangan dan pencapaian semasa.

Untuk gelombang ketiga pula, bermula 2020 hingga 2025, kuasa autonomi membabitkan pentadbiran sekolah akan diberikan. 

11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
Baca selanjutnya ...

Isnin, September 10, 2012

Kenapa Ibubapa Tidak Restu Kami?

Sempena peperiksaan UPSR yang menjelang sebuah sekolah telah mengadakan Program Restu Waris. Program berkenaan bertujuan untuk memberi tips dan motivasi kepada pelajar dan ibubapa di saat akhir menjelang musim peperiksaan UPSR, memberi peluang kepada pelajar bermaafan serta  memohon restu dan doa dari guru dan ibubapa sebelum menduduki peperiksaan tersebut. 

UPSR adalah peperiksaan besar pertama dalam kehidupan seseorang anak kecil. Bantuan, sokongan dan motivasi dari orang yang dikasihi seperti ibubapa sangat mereka perlukan. Usaha murni sekolah dalam membantu anak-anak menempuh alam peperiksaan tersebut amat baik dan dipuji. 

Namun yang menjadi persoalan teman adalah kehadiran ibubapa dalam majlis tersebut. Jika calon yang bakal menduduki peperiksaan adalah hampir 100 orang tetapi kenapa ibubapa yang hadir hanya 40 orang ibubapa sahaja? Sedangkan yang bakal menduduki peperiksaan adalah anak-anak kesayangan mereka? Ke mana lagi seramai 60 orang ibubapa pelajar ini pergi? Adakah mereka sibuk dengan pekerjaan berbanding masa depan anak-anak? Adakah mereka menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab kepada sekolah? Adakah mereka telah yakin anak mereka telah bersedia untuk menghadapi peperiksaan? Adakah mereka berserah dan telah berputus asa terhadap kejayaan anak-anak mereka? 

Fenomena ketidakhadiran ibubapa ini terjadi di mana-mana sekolah dalam bukan sahaja program seperti ini malah lain-lain program anjuran sekolah seperti program mensyuarat PIBG, motivasi keibubapaan, solat hajat, bacaan Yassin dan sebagainya.

Dalam pemerhatian teman, ibubapa yang hadir adalah dalam kalangan ibu bapa yang prihatin kepada anak-anak atau ibubapa yang mempunyai anak-anak yang tergolong dalam kumpulan bakal memperoleh keputusan yang cemerlang. Kenapa ibubapa bersikap demikian? Salah satu sebab adalah ibubapa merasa malu untuk hadir kerana mereka merasakan anak mereka tidak ‘intelegen’, anak mereka adalah dalam kalangan sederhana, anak mereka dalam kumpulan lemah dan sebagainya. Sikap ‘impriority complex’ ini berlaku disebabkan kesilapan persepsi ibubapa terhadap makna ‘intelegen’ dalam diri anak-anak mereka dan persekitaran akademik sekolah yang mementing keputusan 5A menggambarkan cerdik atau tidak anak-anak. 

Bagi teman ibubapa harus datang meraikan dan memberi sokongan kepada anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan. Mereka memerlukan kasih sayang dan sokongan kita. Teman dapat bayangkan betapa kecewanya anak-anak ketika orang lain bersama-sama ibubapa berdakapan bermaafan sedangkan mereka tiada ibubapa yang dikasihi untuk mereka dakapi. Walaupun mereka tidak cemerlang dari aspek pencapaian keputusan peperiksaan namun mereka sebenarnya ada inteligen lain yang belum dicungkil.

Mengenalpasti intelegen anak-anak adalah satu proses yang kadang kala mengambil masa. Menurut Howard Gardner dalam teori pelbagai kecerdasan, menyatakan bahawa anak-anak kita ada 8 aspek kecerdasan.  Peranan ibubapada dan guru mengenalpasti kecerdasan mereka. Oleh itu, program seperti ini perlu disokong. Jika dari awal ibubapa tidak menyokong program untuk mencungkil potensi anak-anak dengan tidak menghadirkan diri majlis seperti ini, persepsi anak-anak terhadap diri mereka dan ibubapa mereka menjadi negatif. Ada dalam kalangan anak telah membuat persepsi terhadap diri mereka sebagai ‘pelajar tiada harapan dalam pelajaran’. Sedangkan peperiksaan dalam pelajaran seperti UPSR hanya menguji tahap kognitif. Sedangkan kognitif hanya satu bahagian dalam diri. Di dalam dunia sebenar, aspek kognitif perlu di gembeling bersama-sama penguasaan kemahiran dan pengalaman untuk menjadi insan yang cemerlang.

Oleh itu, peranan ibu bapa, guru dan masyarakat perlu digembeling bersama untuk kecemerlangan anak-anak. Kelemahan anak-anak memperoleh keputusan yang baik dalam UPSR, PMR atau SPM bukan bermakna mereka tidak cemerlang, tetapi aspek intelegen lain belum dikembang. Kenalilah siapa Zulkifli Haron yang terkenal sampai peringkat dunia.
Baca selanjutnya ...

Ahad, September 02, 2012

Opportunis

Salah satu sifat yang dibenci Allah dan Rasul s.a.w adalah OPPORTUNIS munafik, iaitu selalu mencari keuntungan dalam suatu  peluang secara tidak adil.  Orang yang opportunis selalu menghindar dari risiko yang merugikan diri mereka dan sentiasa berpura-pura. Ini dilakukan adalah supaya mereka tidak dipertanggungjawabkan jika berlaku perkara yang tidak disukai oleh orang atasannya, musuh atau orang yang diharapkan memberinya kenikmatan dan keuntungan peribadi. Sebagai contoh kaum opportunis tidak akan membuat teguran atau nasihat kepada pihak superior atau musuh kerana ini akan menggugat kepentingan diri mereka. Sedangkan sepatutnya risiko tindakan tersebut perlu dihadapinya bagi maslahat umum. 

Kaum opportunis adalah kaum yang selalu mencari-cari kesempatan dalam untuk meraih keuntungan. Keuntungan yang hendak diraih mungkin dalam bentuk wang, harta, wanita, pangkat atau populariti. Dalam masa yang sama, mereka juga mencari-cari alasan atau alibi agar terhindar dari risiko yang merugikan diri mereka.

Opportunis akan membelot dari kepemimpinan, persahabatan atau jamaah serta membocorkan rahsia-rahsia kepada toghut/musuh. Itu dilakukan kerana ada keuntungan duniawi yang akan diraih secara peribadi atau demi menghindar dari kerugian habuan serta menutup kelemahan diri. Munafiq opportunis juga berani menghalalkan segala cara demi meraih keuntungan duniawi. Golongan ini sentiasa berada di persekitaran kita sama ada di tempat kerja, dalam komuniti, dalam politik dan di mana-mana sahaja.

Pesanan dalam Al Quran:

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari orang yang berpaling dari peringatan Kami, dan tidak mengingini kecuali kehidupan duniawi. (An Najm: 29)

Teman benci golongan opportunis dan teman selalu berhati-hati berurusan dengan mereka. Semoga kita terhindar dari golongan ini.
Baca selanjutnya ...

Coklat kurang risiko sakit jantung?

Betulkah makan coklat boleh mengurangkan risiko sakit jantung? Lelaki yang makan coklat dalam kadar sederhana setiap minggu didapati semakin kurang kena angin ahmar dalam tempoh 10 tahun dibandingkan mereka yang tidak makan langsung. Responden yang mengambil bahagian dalam kajian perkara itu makan banyak coklat, sama dengan satu pertiga cawan cip coklat mengurangkan risiko sakit jantung sehingga 17 peratus. 

Seramai 37,103 lelaki Sweden berusia 49 hingga 75 tahun mengambil bahagian dalam kajian itu, lapor akhbar Daily Mail. Cara pemakanan mereka dinilai menerusi soalan mengenai makanan terutama sekerap mana mereka makan coklat. Kemajuan dari segi kesihatan lelaki terbabit direkod selama 10 tahun. Daripada bilangan keseluruhan responden, penyelidik mencatat 1,995 orang yang kena sakit jantung sebanyak sekali. -  Berita Harian 2 Sept 2012

Dalam buletin terbitan Medical News Today telah menerbitkan dapatan yang sama.  Penyelidik dari University of Cambridge, England melaporkan dapatan tersebut dalam BMJ (British Medical Journal) dan   European Society of Cardiology Congress di Paris, France.

Dr Oscar Franco dan penyelidik  telah menerangkan tentang kajian dan mengesahkan dapatan dalam kajian-kajian lepas tentang penggunaan coklat meningkatkan kesihatan jantung.
Baca selanjutnya ...

Sabtu, September 01, 2012

Berhadapan dengan Kritikan

Memang seronok menjadi pengkritik daripada menjadi mangsa pengkritik. Kritikan kadang-kadang menjadi sesuatu yang memedihkan. Kritikan boleh menjadi konstruktif (membina) atau boleh membawa destruktif (memusnahkan).  Walau apa pun tujuan kritikan yang dilakukan, sebagai yang kena kritik perlu menghadapinya dengan secara positif. Di antara langkah yang boleh dilakukan adalah:
  1. Terima bahawa kita tidak sempurna. 
  2. Semak atau muhasabah kerja-kerja kita. 
  3. Jangan jadikan kritikan sebagai isu peribadi.
  4. Dengar kritikan dengan teliti.  
  5. Tanya diri kita tentang apa yang dipelajari dari kritikan tersebut.
  6. Setuju dengan sebahagian keritikan jika benar. 
  7. Analisis dan nilai apa yang didengari. 
  8. Jangan dendam. 
  9. Ingat, sesuatu yang berlaku ada hikmah dan sebab. 
  10. Jernihkan suasana. 
  11. Terima hakikat bahawa orang lain melihat apa yang kita tidak nampak. 
  12. Sentiasa gembira dan bahagia. Jangan sampai kritikan menyebabkan kita 'down'
Jika kita pasti bahawa pengkritik mempunyai niat yang cenderung membawa akibat dalam bentuk destruktif, menghindar dan mengelak dari kritikan serta pengkritik tersebut adalah lebih baik.

Baca selanjutnya ...