Jumaat, September 21, 2012

Gambar Superimposed PM


Dalam suasana manusia mencari pengaruh dalam PRU13 berbagai berita disebarkan melalui surat khabar, blog, web dan sebagainya. Berita benar dan palsu kadang-kala sukar dibezakan. Sebagai muslim yang beriman dengan Al Quran kita perlu membuat penapisan dan penyelidikan tentang kebenaran berita yang disampaikan.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ 

Al-Hujraat (6)
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Isu panas baru-baru ini adalah beberapa akhbar perdana di Malaysia telah menyiarkan gambar Perdana Menteri yang telah dibega (diubahsuai). 





Tidak dapat diketahui apa niat wartawan di akhbar-akhbar berkenaan. Ini menjadi bukti kepada masyarakat tentang keperluan menyelidiki kebenaran maklumat yang disampai oleh sesiapa sahaja supaya kita tidak berlaku zalim kepada orang lain. Itu sebablah Islam tidak menerima kaedah gambar dan video sebagai ganti 4 orang saksi dalam tuduhan zina.


Petikan Bernama:
20 September 2012
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah menjalankan siasatan awal berhubung dakwaan satu daripada gambarnya baru-baru ini telah dibega, kata Ketua Pengarangnya Datuk Yong Soo Heong.
"Siasatan awal mendedahkan kecacatan pada gambar itu dikesan berpunca dari tempat ia telah dihantar," katanya hari ini semasa mengulas sekeping gambar Bernama yang dirakamkan di Pekan Sabtu lepas.
Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan motif individu terbabit dan sama ada wujud elemen sabotaj, kata Soo Heong.
"Kami melihat perkara ini dengan serius dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu.
"Bernama sentiasa berusaha mengekalkan standard profesionalisme yang tinggi dan memandang serius integriti di tempat kerja," tegasnya. - Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih