Ahad, September 02, 2012

Opportunis

Salah satu sifat yang dibenci Allah dan Rasul s.a.w adalah OPPORTUNIS munafik, iaitu selalu mencari keuntungan dalam suatu  peluang secara tidak adil.  Orang yang opportunis selalu menghindar dari risiko yang merugikan diri mereka dan sentiasa berpura-pura. Ini dilakukan adalah supaya mereka tidak dipertanggungjawabkan jika berlaku perkara yang tidak disukai oleh orang atasannya, musuh atau orang yang diharapkan memberinya kenikmatan dan keuntungan peribadi. Sebagai contoh kaum opportunis tidak akan membuat teguran atau nasihat kepada pihak superior atau musuh kerana ini akan menggugat kepentingan diri mereka. Sedangkan sepatutnya risiko tindakan tersebut perlu dihadapinya bagi maslahat umum. 

Kaum opportunis adalah kaum yang selalu mencari-cari kesempatan dalam untuk meraih keuntungan. Keuntungan yang hendak diraih mungkin dalam bentuk wang, harta, wanita, pangkat atau populariti. Dalam masa yang sama, mereka juga mencari-cari alasan atau alibi agar terhindar dari risiko yang merugikan diri mereka.

Opportunis akan membelot dari kepemimpinan, persahabatan atau jamaah serta membocorkan rahsia-rahsia kepada toghut/musuh. Itu dilakukan kerana ada keuntungan duniawi yang akan diraih secara peribadi atau demi menghindar dari kerugian habuan serta menutup kelemahan diri. Munafiq opportunis juga berani menghalalkan segala cara demi meraih keuntungan duniawi. Golongan ini sentiasa berada di persekitaran kita sama ada di tempat kerja, dalam komuniti, dalam politik dan di mana-mana sahaja.

Pesanan dalam Al Quran:

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari orang yang berpaling dari peringatan Kami, dan tidak mengingini kecuali kehidupan duniawi. (An Najm: 29)

Teman benci golongan opportunis dan teman selalu berhati-hati berurusan dengan mereka. Semoga kita terhindar dari golongan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih