Ahad, September 30, 2012

Shila Amzah Asian Wave 2012

Teman ni jarang nak memuji bakat suara artis Malaysia selain Ust Asri Ibrahim. Teman susah nak puji artis-artis ini kerana banyak yang tak elok yang mereka buat berbanding yang elok walaupun berbakat. Contohnya Siti Nurhaliza berbakat tapi memecah belah rumah tangga orang lain, Akil Hayy berbakat tapi bercerai berai pulak.

Baru-baru ini iaitu pada 27 Sept., dalam perjalanan balik dari mengaudit bahan-bahan inovasi di daerah Batang Padang, sebuah stesen radio telah menemuramah seorang artis Malaysia yang jarang teman dengar namanya iaitu Shila Amzah. Bila teman dengar dia baru menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai China dengan mengalahkan peserta dari China, India, Thailand, Singapura dan Korea Selatan, rasa ingin tahu teman bertambah-tambah.

Setelah mendengar sesi temuramah di radio tersebut dan sedutan dari lagu mandarin yang dinyanyikan, teman merasakan bahawa bakat orang Melayu ini sebenarnya tidak kalah juga dalam kalangan masyarakat cina di Kota Shanghai. Sesampai di rumah, teman mencari rakaman nyanyian Shila di pertandingan tersebut di Youtube. Teruja teman dengan artis tersebut bila tampil dengan bertudung di pentas. Setelah meneliti suara beliau dan suara persaing-persaing, teman puji la bakat suara Shila yang power. Malah seorang juri pertandingan itu iaitu Eric Moo telah melabelkan Shila sebagai seorang Superstar yang berjaya membuatkan penonton rasa meremang dengan gaya vokal mantap nyanyiannya itu.



Nasihat teman la, bila telah membuktikan kemampuan suara dan mengalahkan pesaing yang juga hebat-hebat, jangan cepat lupa diri. Lebih-lebih lagi bila dah berhijab, kena jaga la tingkah laku supaya tidak menimbulkan fitnah pada diri dan agama Islam. Tahniah Shila kerana telah dinobatkan suara terbaik di peringkat antarabangsa, harapan teman jangan lupa pada lagu-lagu ketuhanan, lagu-lagu dakwah yang boleh dijadikan medium dakwah. Lihat sahaja Ust Asri Ibrahim, walaupun beliau telah meninggalkan kita buat selama-lamanya, namun alunan suara dalam rakaman nasyid, zikir dan bacaan AlQuran nya masih berkumandang dan menjadi amal jariahnya setelah berada di alam barzah.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih