Selasa, Oktober 09, 2012

Bengkel Pemurnian KIK Menjelang Konvensyen 2012

Pada ketika ini banyak agensi kerajaan sedang sibuk mengadakan bengkel pemurnian bahan-bahan untuk pembentangan projek KIK (Kumpulan Inovatif dan Kreatif) dalam konvensyen peringkat kementerian dan negeri. KIK kini telah menjadi salah satu mekanisme penting dalam penambahbaikan prosedur kerja di sektor awam. Sejak diperkenalkan pada 1 November 2009 bagi menggantikan KMK (Kumpulan Meningkat Mutu Kerja), sektor awam telah bergerak aktif menjalankan projek inovasi di dalam penyampaian perkhidmatan. 

Baru-baru ini, teman telah dijemput untuk memberi bimbingan dan tips persembahan kepada kumpulan KIK yang baru untuk Bahagian Matrikulasi KPM. Melihat kepada kesungguhan, komitmen, dan sikap proaktif dalam kalangan ahli KIK, pensyarah pemerhati dan pihak pengurusan Bahagian Matrikulasi dan Kolej-kolej Matrikulasi, potensi mereka untuk meneroka kejayaan adalah sangat cerah. Sejarah KIK telah membuktikan bahawa dengan kesungguhan, kumpulan KIK TEMAN di IPG Kampus Ipoh telah menjadi juara negeri Perak dalam tahun kedua penubuhan kumpulan tersebut. Oleh itu, sejarah kumpulan KIK yang cermelang dalam kalangan warga matrikulasi bisa diulangi.

Bagi kumpulan baharu, kelemahan biasa yang dapat dikenalpasti adalah dari semua peringkat atau fasa iaitu:

  1. Cara mengenalpasti masalah
  2. Kaedah memilih masalah
  3. Penetapan target setting.
  4. Menganalisis punca masalah
  5. Kaedah membuat cadangan penyelesaian
  6. Perlaksanaan cadangan penyelesaian
  7. Pemeriksaan ketika perlaksanaan
  8. Pemantauan dan Penyeragaman perlaksanaan projek.
Dalam setiap peringkat di atas mengandungi alat-alat kualiti yang digunakan. Kebanyakan kumpulan salah menggunakan alat, kesilapan teknikal semasa menggunakan alat kualiti, kekurangan data/rujukan sebagai asas kepada tindakan, keselarasan aktiviti dengan carta gant, pengurusan risiko, impak kepada pelanggan serta stakeholder dan sebagainya.

Langkah mengadakan bengkel serta pra konvensyen adalah satu langkah yang bijak bagi agensi yang benar-benar komited dengan perlaksanaan KIK secara sistematik dalam membuat keputusan dalam organisasi. 

Justeru, pembudayaan KIK dalam agensi-agensi kerajaan, satu langkah yang baik supaya kakitangan awam dapat melaksanakan tugas secara cepat, tepat, sistematik dan berkualiti. 

Peserta dan Pensyarah pemerhati DI KMPk 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih