Selasa, Oktober 09, 2012

Tulisan Jawi Semakin Nazak

Bukan mudah untuk kembali ke zaman kegemilangan penerapan jawi seperti yang sedang berlaku di Brunei. Bagaimanapun kita tidak perlu pesimistik dan dijauhi dari gejala " harap pagar, pagar makan padi, harap tabung, tabung makan haji". Janganlah hendaknya orang Melayu sendiri antiaksara Jawi, atau langsung tidak berusaha atau tiada inisiatif untuk menyelamatkan warisan warga Alam Melayu. Harus disedari bahawa bukan banyak negara di dunia mempunyai 2 jenis aksara (rumi dan jawi) seperti Bahasa Melayu.

Pernyataan di atas adalah di antara ucapan Prof. Dr. Mohd Bohari bin Ahmad sempena Seminar Mengembalikan Populariti Tulisan Jawi Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia anjuran KGMMB bertempat di IPG Kampus Ipoh. 

Di dalam wacana seperti ini barulah teman sedari bahawa penulisan jawi telah berkembang dari 1980an hingga dimantapkan pada 1992. Berasal dari kertas kerja yang dibentangkan oleh Tn Hj. Hamdan Abdul Rahman (Bekas Pensyarah UKM, Alumni SITC) berkaitan keteledoran penerapan tulisan jawi di Konvensyen Pendidikan (Konpen) 1979 di Kuantan, telah membuka mata Dewan Bahasa dan Pustaka  untuk menggubal satu sistem yang tuntas. Maka dengan itu lahirlah kini "Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan" 

Dengan seminar ini, baru terjawab beberapa persoalan yang selama ini yang selalu menjadi masalah teman dalam menulis jawi terutama meletakkan huruf 'alif ' dalam perkataan-perkataan jawi. 

Sebagai ujian kepada pembaca blog teman ini, Apa masalah kepada gambar ejaan tandas di diatas?

Jika pembaca dapat menjawabnya, syabas, ejaan jawi masih bernyawa. Jika pembaca enggak pasti jawabannya, bermakna tulisan jawi sedang berada dalam ICU.

Jika di sekolah atau di mana-mana tempat awam tertulis perkataan seperti ini, ia bukan bermaksud 'toilet' tetapi bermaksud bilik untuk memancung kepala. Jadi fikir-fikirlah tulisan jawi kita.


Bersama Prof Dr. Mohd Bohari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih