Isnin, April 30, 2012

Semangat Inovasi Anak Didik

Pada 30 April 2012 telah berlangsung pertandingan Inovasi peringkat IPG Kampus Ipoh. Sambutan peserta pada pertandingan amat menggalakkan. Teman begitu teruja dengan komitmen para pelajar pada acara berkenaan. Kepada kumpulan Ubiquitous Team (Projek Tele Sidang) dan H8 (Projek Pengesanan Disleksia) tahniah teman ucapkan. Teman bangga dengan anda semua kerana komitmen yang tinggi telah memberikan gambaran kepada teman, bahawa anda adalah orang yang cemerlang yang bakal mencorakkan warna-warna pendidikan di sekolah pada masa akan datang. 

H8 : Johan Inovasi kategori Pelajar

Baca selanjutnya ...

Rabu, April 11, 2012

Hasil Inovasi myKompetens ke Majlis Daerah Kampar

Bersama YDP MDP Kampar
Pada 12 April 2012, teman bepeluang melawat ke Majlis Daerah Kampar atas jemputan pihak majlis tempatan tersebut. Tujuan ke sana adalah permohonan pihak majlis daerah tersebut menggunakan sistem pengurusan kursus dalam talian yang telah dibina oleh team TEMAN. Sistem ini yang telah memenangi Anugerah Inovasi ICT Negeri Perak 2011 telah meraih kepercayaan kepada majlis daerah tersebut untuk digunakan diorganisasi mereka. Namun, dalam lawatan untuk membuat instalasi sistem server mereka, teman berkesempatan meninjau perlaksanaan 5S yang telah mereka amalkan. Walaupun lawatan mengejut teman lakukan ke atas organisasi itu, perlaksanaan sistem 5S amat cemerlang dan masih sentiasa diamalkan. Kekemasan, keceriaan, dan ketertiban tempat kerja mereka amat mengujakan teman. Syabas dan tahniah kepada MDP Kampar.

Sebahagian senario dalam pejabat

Baca selanjutnya ...

Ahad, April 08, 2012

Al Quran dalam MsWord

Khusus kepada guru jQAF dan peminat AlQuran, yang bertanya kepada saya tentang penggunaan ayat dalam MsWord, sila download bahan tersebut di pautan >>> ini <<<

Setelah anda setup fail berkenaan, perisian AlQuran telah berada di menu Add-Ins (bertanda merah dalam rajah) dalam MsWord.


Baca selanjutnya ...

Sabtu, April 07, 2012

Musical intelligence Sungha Jung





When I saw Sungha Jung video on Youtube, I thought of the theory which was introduced by Gardner Howard - multiple intelligence
I want my children to understand the world, but not just because the world is fascinating and the human mind is curious. I want them to understand it so that they will be positioned to make it a better place. Knowledge is not the same as morality, but we need to understand if we are to avoid past mistakes and move in productive directions. An important part of that understanding is knowing who we are and what we can do... Ultimately, we must synthesize our understandings for ourselves. The performance of understanding that try matters are the ones we carry out as human beings in an imperfect world which we can affect for good or for ill. (Howard Gardner 1999)

Howard Gardner initially formulated a list of seven intelligences. His listing was provisional. The first two have been typically valued in schools; the next three are usually associated with the arts; and the final two are what Howard Gardner called 'personal intelligences' (Gardner 1999).

  1. Linguistic intelligence involves sensitivity to spoken and written language, the ability to learn languages, and the capacity to use language to accomplish certain goals. This intelligence includes the ability to effectively use language to express oneself rhetorically or poetically; and language as a means to remember information. Writers, poets, lawyers and speakers are among those that Howard Gardner sees as having high linguistic intelligence.
  2. Logical-mathematical intelligence consists of the capacity to analyze problems logically, carry out mathematical operations, and investigate issues scientifically. In Howard Gardner's words, it entails the ability to detect patterns, reason deductively and think logically. This intelligence is most often associated with scientific and mathematical thinking.
  3. Musical intelligence involves skill in the performance, composition, and appreciation of musical patterns. It encompasses the capacity to recognize and compose musical pitches, tones, and rhythms. According to Howard Gardner musical intelligence runs in an almost structural parallel to linguistic intelligence.
  4. Bodily-kinesthetic intelligence entails the potential of using one's whole body or parts of the body to solve problems. It is the ability to use mental abilities to coordinate bodily movements. Howard Gardner sees mental and physical activity as related.
  5. Spatial intelligence involves the potential to recognize and use the patterns of wide space and more confined areas.
  6. Interpersonal intelligence is concerned with the capacity to understand the intentions, motivations and desires of other people. It allows people to work effectively with others. Educators, salespeople, religious and political leaders and counsellors all need a well-developed interpersonal intelligence.
  7. Intrapersonal intelligence entails the capacity to understand oneself, to appreciate one's feelings, fears and motivations. In Howard Gardner's view it involves having an effective working model of ourselves, and to be able to use such information to regulate our lives.
A broad vision of education. All seven intelligences are needed to live life well. Teachers, therefore, need to attend to all intelligences, not just the first two that have been their tradition concern.
Baca selanjutnya ...

Mari Hafal Quran

Kekadang nak buka AlQuran rasa malas, sebab kena tinggalkan laptop. Laptop ni kadang-kadang seakan menjadi teman hidup setiap waktu. Jika tak buka FB atau Twitter sehari, rasa macam tak lengkap hidup pada hari berkenaan. Kalau balik kampong atau melawat kawasan pedalaman, kerisauan mereka adalah tentang coverage internet

Itulah keluhan Generasi Y. Rata-rata mereka jarang menatap AlQuran dalam seminggu, sedangkan AlQuran lah yang menjadi pedoman dan menjadi teman dan penyuluh ketika di alam barzah.

Namun, rasa teman, kini tidak perlu tinggalkan laptop untuk baca dan hayati AlQuran. Anda boleh download AlQuran Flash untuk dibaca secara offline >>> di sini <<<<

Langkah:

  1. Muat turun file berkenaan
  2. Unzip file tersebut
  3. Klik file Flash
  4. Bacalah AlQuran dan "selamat beramal"
Baca selanjutnya ...

Rabu, April 04, 2012

11 Strategi untuk memperbaiki kawalan kelas

Diadaptasi Budd Churchward

1. Berfokus

  •  Pastikan anda memiliki perhatian semua pelajar sebelum memulakan pengajaran.
  • Jangan cuba mengajar apabila masih ada pelajar yang berbual-bual. Biasanya, guru pelatih berharap bilik darjah akan menjadi tenteram apabila pangajaran bermula. Sebaliknya, pelajar-pelajar berkemungkinan berpendapat bahawa guru sanggup bersaing dengannya; mereka boleh bercakap walaupun guru bercakap dan guru akan bercakap dengan suara yang lebih kuat lagi. Selain itu, mereka membentuk idea bahawa guru tidak hiraukan ketidakperhatian pelajar ketika guru mengajar
  • Teknik berfokus bererti guru meminta perhatian pelajar sebelum memulakan pengajaran - guru akan tunggu dan tidak memulakan pengajaran sehingga semua pelajar bersedia. Teknik senyap sangat berkesan. Guru boleh berhenti selama 5 - 10 saat selepas semua pelajar telah senyap. Selepas itu, gunakan suara yang lebih lembut daripada biasa.
  • Guru yang menggunakan suara yang lembut biasanya mewujudkan bilik darjah yang lebih senyap berbanding dengan guru yang menggunakan suara yang kuat. Pelajar-pelajar terpaksa duduk dengan tertib untuk mendengar pengajaran guru.


2. Instruksi Secara Langsung

  • Ketidakpastian meningkatkan aras kegelabahan, kegalakan dan kegegaran dalam bilik darjah. Teknik instruksi secara langsung ialah untuk memulakan setiap pengajaran dengan memaklumkan pelajar sejelas-jelasnya apa yang akan berlaku dalam kelas itu. Guru menyatakan apa yang ia dan murid akan buat serta had-had masa untuk tugasan-tugasan.
  • Guru boleh memperuntukkan masa pada akhir kelas agar pelajar boleh melakukan aktiviti pilihan. Contohnya, guru memberi masa 15 minit untuk pelajar berbual-bual, pergi ke perpustakaan, atau menyiapkan kerja kelas lain. Guru akan lebih rela menunggu untuk mendapatkan perhatian pelajar kerana ia tahu terdapat masa lebihan pada akhir pengajaran manakala pelajar juga menyedari bahawa semakin lama guru menunggu bererti semakin kurang masa bebas untuk pelajar.


3. Pemantauan

  • Kunci kepada prinsip ini adalah supaya guru beredar dalam bilik darjah. Semasa murid bekerja, berjalan di antara mereka dan memeriksa kemajuannya.
  • Guru yang berkesan akan berjalan melintasi seluruh bilik darjah selepas 3 minit pelajar diberi tugasan bertulis. Ia akan menyemak sama ada pelajar telah bermula tugasan, memeriksa kerja-kerja yang telah diselesaikan oleh pelajar, dan memberi pengajaran bersifat individu.
  • Guru tidak akan menggangu kelas atau membuat pengumuman kecuali ia dapati beberapa orang pelajar menghadapi masalah yang sama.


4. Teladan

  • "Values are caught, not taught." - ini bererti nilai-nilai diamalkan dan dicontohi oleh pelajar dan bukan diajar secara langsung. Guru yang bersopan, tekun, bersemangat, bersabar dan dapat mengawal diri, menjadi contoh yang baik untuk pelajar.
  • Sekiranya guru mahu pelajar menggunakan suara yang lembut semasa menyiapkan kerja, guru sendiri mesti menggunakan suara yang lembut apabila ia menolong pelajar secara individu.


5. Isyarat Bukan Lisan

  • Untuk mendapatkan perhatian pelajar dengan segera, guru boleh menggunakan isyarat bukan lisan seperti liceng atas meja, suis lampu, atau 'clickers'.
  • Isyarat bukan lisan juga boleh berbentuk ungkapan muka, postur badan, dan isyarat tangan. Contohnya 'isyarat senyap' yang dicadangkan oleh Kagan - apabila guru angkat tangannya, semua pelajar mesti berhenti bercakap dan turut angkat tangan.
  • Guru perlu memilih isyarat yang sesuai dengan pelajar dan menjelaskan kehendak guru yang sepadan dengan isyarat yang dipilih.


6. Kawalan Persekitaran

  • Sebuah bilik darjah sebaik-baiknya tempat yang mesra dan riang. Pelajar rasa seronok jika persekitarannya bertukar wajah dari semasa ke semasa. Sudut pembelajaran yang mempunyai gambar dan warna menimbulkan minat akan sesuatu mata pelajaran.
  • Pelajar muda berminat mengetahui guru dan kegemarannya. Masukkan item-item peribadi dalam bilik darjah. Contohnya gambar keluarga atau bahan-bahan mengenai hobi guru dapat memikat minat murid dan memudahkan perbualan antara guru dan murid. Semakin banyak guru mengenali murid, semakin kurangnya masalah disiplin.
  • Walaupun bilik darjah boleh dihiaskan dengan pelbagai bahan, sediakan juga sudut yang agak "senyap" dan kurang bahan yang menggangu. Ini penting untuk mengelakkan pelajar yang senang pindah perhatian menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Pelajar demikian harus diberi tempat yang kurang hiasan untuk menjalankan kerja-kerja sendiri.


7. Interversi Berprofail Rendah

  • Kebanyakan pelajar dihantar ke pejabat guru besar akibat konfrontasi yang melampau. Biasanya guru menegur pelajar berkenaan atas kesalahan yang ringan akan tetapi dalam saat-saat genting, guru dan murid mencetusakn perbalahan verbal yang tidak dapat dikawal. Kebanyakan kes demikian boleh dielakkan jika guru melakukan interversi yang tenang dan senyap.
  • Guru yang berkesan akan memastikan pelajar yang melakukan salah laku tidak dijadikan fokus perhatian. Ia akan memantau bilik darjahnya dengan sentiasa rondaan yang kerap, menyeluruh dan senyap. Justeru itu, ia cuba menjangkakan salah laku yang mungkin berlaku. Pendekatannya terhadap pelajar yang menggangu kelas adalah dalam bentuk yang tidak mudah dilihat atau tidak menarik perhatian orang lain. Pelajar lain tidak rasa terganggu.
  • Semasa memberi penerangan, guru boleh teknik "name-dropping". Sekiranya ia dapati seseorang pelajar bercakap atau tidak membuat kerja yang disuruh, ia akan menggunakan nama pelajar berkenaan dalam dialognya dalam cara yang natural: "Sekiranya Abo mempunyai 5 biji rambutan dan Ado mempunyai 6 biji rambutan, berapakah jumlah rambutan yang dipunyai oleh Abo dan Ado?" Apabila Abo mendengar namanya disebut, ia akan berhenti bercakap atau menumpukan perhatian yang dikehendaki oleh gurunya. Pelajar-pelajar lain tidak rasa pun bahawa guru telah menegur Abo.


8. Disiplin Asertif

  • Ini merupakan autoriti yang menetapkan had-had tingkah laku yang dibenarkan. Guru adalah bos dalam bilik darjah dan tiada sesiapa dibenarkan menggangu pembelajaran orang lain. Peraturan dinyatakan dengan jelasnya dan dikuatkuasakan dengan konsistennya.


9. Mesej-Saya yang Asertif

  • Salah satu komponen disiplin asertif ialah mesej-Saya yang merupakan pernyataan yang digunakan oleh guru ketika murid menimbulkan masalah disiplin.
  • Mesej-mesej ini berbentuk jangkaan yang jelas tentang apa yang harus dilakukan oleh murid. Fokus guru ialah memusatkan perhatian pelajar kepada tingkah laku yang dikehendaki, bukan 'misbehaviour' atau tingkah laku yang tidak baik.
  • Contohnya ialah: 'Saya inginkan anda ...'; 'Saya hendakkan anda ...'; 'Saya jangkakan anda akan ...'.
  • Guru yang kurang berpengalaman akan menggunakan arahan seperti: 'Saya mahukan anda berhenti ...'. Ini akan menimbulkan rasa konfrontasi dan penafian. Fokus di sini ialah kepada 'misbehaviour' dan pelajar akan menjawab dengan mengatakan bahawa 'Saya tidak buat apa-apa'; 'Bukan salah saya...'; 'Sejak bila wujudnya peraturan yang melarang ...'. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan hubungan guru-murid.


10. Mesej-Saya yang Humanistik

  • Mesej ini merupakan ekspresi perasaan. Mengikut Thomas Gordon, mesej ini terdiri daripada 3 bahagian. Pertamanya, suatu deskripsi tentang tingkah laku pelajar: 'Semasa anda bercakap ketika saya memberi penerangan...'. Keduanya, kesan tingkah laku pelajar ke atas guru: '... saya terpaksa berhenti pengajaran saya ...'. Dan ketiganya, perasaan yang dialami oleh guru akibatnya: '...ini menghampakan saya.'
  • Contohnya seorang guru yang diganggu oleh murid yang kerap bercakap apabila ia sedang mengajar pernah menyatakan ekspresi perasaannya seperti berikut: 'I can not imagine what I have done to you that I do not deserve the respect from you that I get from the others in this class. If I have been rude to you or inconsiderate in any way, please let me know. I feel as though I have somehow offended you and now you are unwilling to show me respect.' Murid itu tidak lagi bercakap ketika guru menyampaikan pengajarannya buat beberapa minggu selepas itu!


11. Disiplin Positif

  • Gunakan peraturan bilik darjah yang menghuraikan tingkah laku yang dikehendaki dan bukan perlakuan yang dilarang. Contohnya, elakkan daripada 'dilarang berlari dalam bilik' tetapi gunakan 'bergerak dalam bilik dalam cara yang teratur'. 'Selesaikan konflik dengan cara yang sesuai' bukan 'Dilarang bergaduh'.
  • Selalu nyatakan jangkaan anda tentang peraturan yang telah ditetapkan.
  • Gunakan pujian setiap kali sesuatu tingkah laku yang baik ditunjukkan oleh pelajar. Pujian tidak semestinya berbentuk verbal, ada kalanya senyuman, anggukan, atau tanda bagus dengan ibu jari boleh memperkukuhkan tingkah laku yang baik.


Baca selanjutnya ...