.

Hirarki tertinggi kemahiran berfikir dalam Revised Taksonomi Bloom adalah penciptaan sesuatu yang baru Merenung nasib rakyat Palestin Kursus Dokumentasi Bahan Inovasi Majlis Bandaraya Ipoh Bersama wakil Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Negeri Perak dalam Bengkel Dokumentasi Bahan Inovasi 2013 Pembentangan Inovasi 2008 bagi Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran 2008 Menerima Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran 2008 - Johan Bagi Projek e-Daftar Menerima Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Perak 2008 - Johan Bagi Projek e-Daftar Menerima Anugerah Inovasi Sempena Seminar Penyelidikan Anjuran BPG-IPG - Johan Bagi Projek e-Takwim Johan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Negeri Perak 2010 - Projek e-Chopp Pembentangan Projek Inovasi Bagi Anugerah Inovasi ICT 2011 di Telekom Malaysia Menerima Anugerah Inovasi ICT Negeri Perak 2011 - Johan Bagi Projek myKompetens Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Barang siapa yang solat sesudah maghrib enam rakaat dimana tidak berkata-kata ia diantaranya dan kata-kata buruk, menyamailah solat itu baginya dengan ibadah 12 tahun Sesi Latihan Fasilitator Pensyarah Kolej- kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Puasa dan al-quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat. Wahai isteriku, kehidupan ini seperti kita melayari bahtera di lautan Di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung Persepsi terhadap kualiti pendidikan di Lab School Jakarta amat mengujakan Bersama YB DS Dr. Zahid, YB ADUN Rungkup dan Bekas Ketua Polis Perak Bersama Pengarah IPG Kampus Ipoh Menerima Anugerah Inovasi 2009 Peringkat Negeri Perak  Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan Panel Hakim Inovasi Majlis Perbandaran Manjung Panel Hakim Inovasi Majlis Perbandaran Manjung bersama peserta inovasi Panel Hakim Inovasi Majlis Bandaraya Ipoh Panel Hakim Inovasi Majlis Daerah Batu Gajah Cenderamata kepada teman sebagai Panel Hakim KIK SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012 oleh Timbalan Menteri MOSTI Rumusan sebagai Ketua Panel Hakim KIK SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012 Bersama Pengarah BPTV,Panel-panel Hakim KIK dan Inovasi dari UPSI dan SIRIM bagi Pertandingan Inovasi SMV/SMT/KV Peringkat Kebangsaan 2012



Rabu, Jun 19, 2013

Air Janda Pulang dan KIK Matrikulasi Negeri Sembilan

Sepanjang perjalanan ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) di Kuala Pilah untuk memberi kursus KIK, banyak kain rentang mempromosi "Air Janda Pulang", lalu teman bertanya kenapa 'Janda" yang mendapat nama? Lalu orang tempatan bercerita bahawa di Kuala Pilah zaman dahulu terkenal dengan banyak janda sehingga ada pantun terkenal berkaitan janda Kuala Pilah.

Air Janda Pulang

Kain Rentang Janda

Jadi pada ceramah KIK di KMNS kali ini teman telah memulakan dengan pantun janda:
Kalau nak tau podehnyo lado
Dibolah-bolah digiling-giling
Kalau nak tau banyaknyo jando
Kolo Pilah jalan Senaling
Para peserta tertawa dengan loghat Negeri Sembilan teman ketika membaca pantun tersebut. Ini sebagai set induksi ceramah teman.

Pada bengkel KIK di KMNS kali ini, peserta telah membentangkan projek mereka pada sesi pembukaan. Pendekatan begini dibuat pada kali ini adalah kerana kesemua kumpulan telah memperoleh pendedahan asas. Kehadiran kami pada kali ini adalah untuk memantapkan proses KIK berasaskan 9 proses utama KIK iaitu:

  1. Kenalpasti masalah
  2. Memilih masalah
  3. Definisi Masalah
  4. Penetapan sasaran projek
  5. Analisis punca masalah
  6. Cadangan Penyelesaian
  7. Pemeriksaan
  8. Pemantauan dan Penyeragaman.
  9. Penciptaan nilai
Hasil dari pembentangan tersebut, baru dapat diketahui kekuatan dan kelemahan yang ketara dalam proses KIK yang telah dibentangkan. Kebanyakan mereka mempunyai kekuatan di mana mempunyai pengetahuan asas KIK, namun kelemahan ketara adalah

  1. Penggunaan alat kawalan kualiti yang kurang mantap kerana aturan alatan yang digunakan
  2. Kurang memahami tujuan alat kualiti digunakan terutama pareto, ishikawa, analisis data matriks dan sebagaianya.
  3. Kesilapan teknikal semasa menggunakan alat kualiti 
  4. Rekod serta dokumentasi yang kurang
  5. Bukti penciptaan nilai. 
KMNS mempunyai kekuatan dan mampu mengukir bintang kerana mempunyai pengurusan atasan yang menyokong perkembangan KIK serta tenaga kaki tangan yang mempunyai minat dan momentum yang tinggi untuk berkerja secara sistematik dan inovatif.

KMNS

Bersama Pengarah KMNS 

Pengarah KMNS


Sesi Ceramah Teman

Sesi Ceramah rakan Teman Dr Abd Hadi

Sesi Bengkel











Baca selanjutnya ...

Selasa, Jun 11, 2013

Sistem Pendidikan Finland : Dr. Pasi Sahlberg

Pada 6 Jun lepas teman berpeluang melayari secara maya selama 3 jam bersama Dr. Pasi Sahlberg tentang kejayaan sistem pendidikan di Finland. Dr. Pasi adalah Pengarah CIMO (National Centre for International Mobility and Cooperation) di Kementerian Pendidikan dan Budaya Finland di Helsinki. Beliau bertanggungjawab mengetuai proses mengantarabangsa sistem pendidikan di Finland. Beliau juga adalah Professor di University of Helsinki dan University of Oulu, Finland. 

Kejayaan Finland dalam dunia pendidikan telah membuka mata dunia apabila negara itu menduduki tempat pertama atau kedua dalam Programme for International Student Assessment (PISA) pada tahun 2003 dan 2006. PISA adalah peperiksaan peringkat dunia yang dibuat tiga tahun sekali. Ia menguji keupayaan pelajar yang berumur 15 tahun dan diuruskan oleh Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD). Dibangunkan sejak 1997, PISA yang pertama dijalankan pada tahun 2000.

Para pelajar di Finland telah berjaya berada di kedudukan teratas dengan keupayaan yang tinggi dalam celik huruf, matematik dan sains. Jika dilihat secara keseluruhan dalam pelbagai bidang, Finland berada di kedudukan pertama. Malah keputusan yang dicatatkan oleh Finland adalah seragam meliputi prestasi keseluruhan pelajar.


Sepanjang menjejaki Dr. Pasi Sahlberg serta melalui ceramah beliau bertajuk "What can we learn from Finnish education system?", satu kesimpulan yang telah dibuat oleh beliau tentang kegagalan gerakan reformasi pendidikan (General Education Reform Movement-GERM) di dunia adalah: 


  1. Penggalakkan persaingan (Competition) - sedangkan di Finland menggalakkan kolaborasi (Collaboration) dalam kalangan pelajar dan guru di sekolah dan antara sekolah
  2. Penyeragaman (Standardization) kurikulum dan pengujian - sedangkan di Finland lebih kepada individu (Personalization)
  3. Memberikan pilihan kepada sekolah (School choice) - sedangkan di Finland menitikberatkan kesamarataan (Equity) peluang pembelajaran baik miskin, kaya, warga negara atau bukan warga negara, bandar atau luar bandar.
  4. Pendidikan di kebanyakan  negara telah diswasta (Privatization) - sedangkan di Finland, pendidikan kekal sebagai perkhidmatan awam (Public good) yang harus diperolehi oleh semua anak-anak di semua peringkat pengajian.

Oleh itu, bagi negara di dunia yang ingin membuat reformasi pendidikan, Dr. Pasi tidak menggalakkan mengambil dan meniru secara langsung satu-satu sistem tetapi perlu ada proses asimilasi dan adaptasi kepada nilai pendidikan yang dipentingkan oleh sesebuah negera. 

Kejayaan yang dicipta oleh sistem pendidikan di Finland adalah proses pengubahsuaian sejak tahun 1970. Menurut Dr. Pasi, kejayaan sistem pendidikan mereka adalah disebabkan 3 faktor iaitu:

1. Quality through equity
        • Positive discrimination in funding
        • Early intervention & support
        • Well-being first
        • Inclusive special education
2. Smart Resource Management
        • Less teaching time
        • More time for collaboration
        • Less classroom hours
        • Less homework more time to play
3. Teacher & leader professionalisme (Only for the best)


Oleh itu, untuk reformasi pendidikan berasaskan pengalaman Finland, beberapa polisi perlu diberi perhatian jika mahu kejayaan yang seragam iaitu:
  1. Polisi pengujian bukan berbentuk universal standardization testing.
  2. Polisi akauntabiliti bukan berbentuk anugerah secara individu
  3. Polisi perguruan bukan berbentuk generalis tetapi specialis dan tidak berbentuk de moralisasi.
Dr Pasi Sahlberg: Finnish Lesson


Baca selanjutnya ...

Rabu, Jun 05, 2013

Pengurusan Kreatif: Step by step

Buku ini teman dan sahabat teman tulis bertujuan memberikan bimbingan asas tentang pelaksanaan projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) secara langkah demi langkah berdasarkan Kitaran PDCA. Penulis telah menyusun Kitaran PDCA kepada bentuk QC Story (Perlaksanaan Kawalan Kualiti). Beberapa kaedah dan teknik serta alat-alat kualiti (QC tool) asas yang lazim digunakan dalam projek KIK dijelaskan kepada pembaca. 

QC Story dimulakan dengan Bab Kenal Pasti Masalah. Diikuti dengan Pemilihan Masalah, Penjelasan Masalah, Penetapan Sasaran Projek, Analisis Punca Masalah, Cadangan Penyelasaian, Pelaksanaan, Pemerhatian, Pemantauan dan Penyeragaman, dan Pencapaian dan Penciptaan Nilai.

Setiap bab dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian Nota, Bahagian Aktiviti, dan Bahagian Soalan Perbincangan. Simbol berbeza bagi setiap bahagian disediakan bagi membolehkan pembaca membezakan aktiviti pembacaan.

Sesungguhnya, penulisan buku ini berasaskan pengalaman teman dan sahabat teman sebagai “practitioner”  dalam pelaksanaan projek KIK dan projek inovasi. Pengalaman sebagai ahli KIK, ketua kumpulan, fasilitator kumpulan KIK, dan sebagai pembentang projek dalam konvensyen KIK, telah mendorong agensi kerajaan, bahagian-bahagian di beberapa kementerian dan pihak berkuasa tempatan mengundang sebagai penceramah, fasilitator, dan sebagai panel penilai bagi kumpulan inovatif dan kreatif (KIK) serta dalam bidang-bidang berkaitan penyelidikan dan pembangunan inovasi. Untuk keterangan lanjut berkaitan buku dan latihan sila e-mail drybos@gmail.com


Baca selanjutnya ...

Dr. Rosli Sahat, Pemergian Mu Sukar Diganti

Dunia pendidikan amnya, IPG khasnya telah kehilangan seorang tokoh pendidik yang berkaliber. Allahuyarham Dr. Rosli bin Sahat, 55 telah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.45 petang 4 Jun 2013 setelah menghidapi serangan stroke. Jenazah selamat dikebumi kira-kira 9 malam. 

Allahyarham Dr. Rosli Sahat mendapat latihan perguruan di maktab perguruan sebelum menyambung pengajian ijazah asas di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Setelah beberapa tahun bertugas di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh, Allahyarham dianugerahkan biasiswa program sarjana Institut Aminuddin Baki-Houston University, USA. Ketika di IPG, Allahyarham sekali lagi dianugerahkan biasiswa pengajian doktor falsafah (Ph.D) dari sebuah universiti terkenal di United Kingdom. Beliau telah lulus dengan cemerlang dalam pengajian kedoktoran di bidang sosiologi pada tahun 2002.

Sepanjang berkhidmat dengan beliau, rakan-rakan sejawat amat menyenangi kerana tidak lokek dengan senyuman dan ilmu. Kadang-kala dalam keseriusan kerja, sempat bergurau senda yang menjadi pengubat stress semasa melaksanakan tugas. Sifat yang sentiasa berkongsi pengalaman dan kepakaran menyebabkan beliau disayangi rakan sejawat. 

Antara lagu yang menjadi trade mark beliau bagi menghilang stress adalah lagu orang parit :

video
Lagu ini teman rakam ketika Kumpulan Auditor ISO IPG Ipoh (yang disertai oleh arwah) 
mengaudit IPG Teknik KL.  Lagu tersebut cuba dinyanyi oleh Dr. Shaharuddin tetapi
disanggah oleh arwah kerana salah.

Semoga roh Allahyarham Dr. Rosli bin Sahat ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang soleh dan diredhai-Nya. Amin.

Di bawah adalah gambar kenangan Allahuyarham dalam koleksi teman tahun 2009-2012 sepanjang bersama-sama teman dalam melaksanakan tugas di dalam dan luar IPG.

Perbincangan Plan Strategi IPG Ipoh 2012

Bersama-sama menjaga Booth IPG Sempena Perayaan Hari Guru  Kebangsaan 2012 

Menerima Surat Anugerah Pensyarah Cemerlang DG52 2011

Menjadi AJK Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2009


Melawat IPGM Enstek Dis 2012

Bergambar di IPGM Enstek Dis 2012

Pembentangan Hala Tuju IPG Ipoh 2013 di Concorde Hotel Sepang

Ucapan selamat tinggal kepada persaraan pengarah IPG Ipoh  Dis 2012

Majlis Pelancaran Jurnal Pendidikan IPG Ipoh 2011

Teman bersama arwah, Dr Hamzah, Dr Ibrahim, Dr. Rosli Yaakob dan rakan lain dalam mesyuarat Tracer Study Graduan PISMP di Pulau Pinang 2012
Baca selanjutnya ...

Sabtu, Jun 01, 2013

Program Sokongan Pensarjanaan Pensyarah (PROSPEN) 2013 Perkongsian Pintar

Pembentangan kertas projek sarjana dan doktor falsafah para pensyarah IPGM sempena Program Sokongan Pensarjanaan Pensyarah (PROSPEN) telah dijalankan di IPG Kampus Persekutuan Pulau Pinang pada 8 hingga 10 Mei 2013 dengan jayanya. Selama 3 hari berturut-turut pensyarah yang sedang melanjutkan pelajaran dari berbagai bidang telah membentangkan projek mereka untuk dinilai dan ditambahbaik. Teman turut menjadi panel penilai, teruja dengan inisiatif penganjur bagi membantu pensyarah dan IPGM agar sasaran 33 % pensyarah IPG mempunyai PhD dapat dicapai menjelang tahun 2020.

Kementerian Pelajaran telah mewujudkan Lima program persarjanaan pensyarah IPGM itu
  • Cuti Belajar Tanpa Gaji 
  • Hadiah Latihan Persekutuan- Cuti Bergaji Penuh dengan Biasiswa 
  • Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa 
  • Hadiah Latihan Persekutuan secara Sambilan 
  • Belajar secara sambilan 

Sebagai Panel Penilai semasa sesi Pembentang calon Phd, Ust Razimi

Kini Pensyarah IPGM (Mei 2012) 20% telah mempunyai PhD dan sarjana sebanyak 80%.
Dengan adanya PROSPEN, ia akan dapat membantu pensyarah IPGM yang belajar secara sambilan atau yang akan belajar, tamat pengajian dengan jayanya

Antara Ojektif Khusus PROSPEN adalah:
  • Memberi sokongan dan bantuan khidmat konsultansi.
  • Mengalakkan perkongsian ilmu dan sumbangan intelektual. 
  • Menggalakkan penghayatan budaya penyelidikan dan penulisan ilmiah 
  • Menyediakan rangkaian pertukaran pelbagai kepakaran di kalangan pensyarah 
  • Meningkatkan kompentensi pensyarah PhD dalam komponen perkhidmatan dan penglibatan 
Strategi PROSPEN meliputi
  • Coaching dan Mentoring
  • Interaksi dan bimbingan bersemuka 
  • Bengkel, kursus, forum, wacana di peringkat kampus, zon atau pusat 
Diharapkan program seperti ini akan membantu pencapaian matlamat menghasilkan 33% pensyarah IPGM berkelulusan PhD pada 2020 dan pemegang ijazah Sarjana 100% menjelang 2018.







Baca selanjutnya ...